Harga minyak dunia berada atas USD80 setong, kenapa harga saham minyak naik sekali?
Di Bursa Malaysia sahaja, ada lebih daripada 700 syarikat yang sahamnya patuh syariah disenaraikan di pasaran.
Daripada 700 syarikat tersebut, ianya dikategorikan kepada industri tertentu mengikut perniagaan syarikat tersebut. Antara industri atau sektor tersebut adalah seperti:-
- Tenaga
- Perladangan
- Teknologi
- Hartanah
Daripada industri yang ada tersebut, ada beberapa industri yang berkait rapat dengan komoditi seperti:-
- Industri tenaga, berkaitan dengan komoditi minyak mentah
- Industri perladangan, berkaitan dengan komoditi minyak kelapa sawit
Jadi, apa kaitan harga komoditi dengan harga saham?
Untuk syarikat yang berada dalam dua industri ini, biasanya harga saham syarikat ini akan bergerak seiring dengan pergerakan harga komoditi tersebut.
Mari kita lihat bagaimana pergerakan harga komoditi ini terutamanya harga minyak mentah dunia memberi impak kepada harga saham syarikat yang berada dalam industri tenaga.
Apa Jadi Dengan Saham Minyak Di Bursa Apabila Harga Minyak Dunia Cecah USD80 Setong?
Sumber :
Bermula pada 4 Oktober 2021, harga minyak dunia melonjak ke paras lebih daripada 80 Dolar setong dan mengekalkan momentumnya pada hari-hari berikutnya.
Harga minyak dunia ini telah membuat breakout lebih awal apabila harganya melepasi garisan harga rintangan pada paras USD77.14 setong pada 27 September tahun 2021.
Kenaikan harga minyak dunia ini antara puncanya adalah kerana pembukaan semula ekonomi dunia setelah sekian lama disekat akibat penularan wabak Covid-19 sejak tahun 2020 lagi.
Dengan kenaikan ini, mari kita lihat apa yang berlaku kepada saham syarikat yang berkaitan dengan minyak di Bursa Malaysia.
Sumber :
Saham A ini merupakan syarikat yang terlibat dalam sektor minyak telah membuat kenaikan yang jelas pada harga sahamnya pada 28 September 2021.
Harga saham syarikat A ini meneruskan momentum kenaikannya sehingga melepasi garisan resistance sekitar RM0.77 dan hampir mencecah kepada harga RM1.00 seunit ketika artikel ini ditulis.
Sumber :
Sama juga dengan saham B yang juga merupakan syarikat yang terlibat dengan urus niaga minyak. Harga sahamnya pada 28 September dilihat mencuba membuat kenaikan yang tinggi jatuh semula pada sesi penutup dagangan.
Namun harga saham ini naik pada hari-hari berikutnya seiring dengan kenaikan harga minyak mentah dunia yang juga naik ketika itu.
Perkara yang sama terjadi apabila harga minyak mentah jatuh mendadak suatu ketika dulu, harga-harga saham syarikat yang terlibat dalam perniagaan minyak ini turun jatuh dengan mendadak.
Apa Jadi Dengan Saham Perladangan Bila Harga FCPO Cecah RM5,000 Setan?
Sumber :
Harga niaga hadapan kepada sawit juga baru-baru ini mencecah sehingga RM5,000 setan dan telah mematahkan garisan resistance harganya pada paras RM4,539 setan pada 5 Oktober 2021.
Sumber :
Saham perladangan A ini juga bertindak balas apabila harga FCPO membuat breakout pada 5 Oktober 2021 dengan membuat kenaikan lebih daripada 13% dalam masa sehari.
Sumber :
Sama juga dengan saham perladangan B ini yang juga terlibat dengan kelapa sawit, harga saham ini bertindak balas apabila FCPO membuat breakout dengan membuat kenaikan lebih daripada 10% dalam masa dua hari dagangan iaitu pada 5 dan 6 Oktober 2021.
Berikut merupakan contoh bagaimana pergerakan harga komoditi memberi kesan kepada pergerakan harga saham syarikat yang terlibat.
Jika kita perasan, perkara yang sama terjadi kepada saham-saham syarikat yang terlibat dengan jualan emas. Harga saham syarikat tersebut meningkat naik pada bulan Ogos 2020 apabila harga emas dunia naik mencecah sehingga USD2,000 se auns.
Saham yang berkaitan komoditi ini lebih volatile berbanding saham yang lain. Oleh sebab itu bukan semua pelabur akan memburu saham-saham begini kerana kekangan tertentu.
Sebelum kita melabur, ukur risiko pada modal sendiri. Beli apa yang kita faham dan mampu untuk menanggung keuntungan dan juga kerugiannya.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)