Selalu terciduk dalam pasaran saham? Dah tahu apa sebabnya anda selalu rugi dalam pelaburan saham?
Kesilapan waktu entry boleh menjadi puncanya. Habis bila pula waktu yang sesuai untuk beli?
Pernah dengar guru saham kata beli di sebelah petang? Kebenaran di sebaliknya adalah kerana pasaran saham akan ditutup pada jam 5 petang. Apa-apa sahaja boleh terjadi sepanjang pasaran dibuka.
Harga saham mungkin boleh naik tinggi, harga saham juga mungkin boleh jatuh mendadak. Menunggu sehingga petang adalah satu idea yang baik kerana anda boleh memerhatikan harga semasa saham sama ada saham tersebut masih relevan untuk dibeli.
Baca : Kenapa Anda Disaran Untuk Membeli Saham Di Sebelah Petang?
Bang Din baru sahaja melalui pengalaman rugi kerana beli saham di sebelah pagi. Kejadian berlaku pada 6 Oktober 2021. Pada hari sebelumnya, saham ‘H’ berjaya membuat breakout 52 Week High.
Pada pagi 6 Oktober 2021, saham ‘H’ membuat gap up ketika pasaran dibuka di sebelah pagi. Bang Din pun beli saham tersebut seawal jam 9.19 pagi kerana ia membuat gap up.
Saham ‘H’ dibeli pada harga RM0.710. Harga tertinggi pada hari tersebut adalah RM0.73. Namun setelah itu, penjual mula masuk ke dalam pasaran dan menjual pegangan masing-masing.
Tekanan jualan tersebut memaksa Bang Din untuk menjual saham ini pada harga RM0.66. Kerugian yang dialami adalah sebanyak -7.58%.
Sumber :
Jika dilihat pada carta, berlakunya gap up ketika pembukaan pasaran di sebelah pagi. Harga tertinggi pada hari tersebut pula adalah RM0.73. Namun sebaliknya, penjual mula masuk ke dalam pasaran dan kemungkinan berlakunya profit taking.
Volume pada hari tersebut adalah besar tetapi dikuasai oleh penjual. Maka candlestick pada hari tersebut berwarna merah kerana harga penutupnya berada lebih rendah daripada harga pembukaan.
Kesudahannya candlestick Shooting Star terbentuk pada hari tersebut dengan ekor yang panjang di sebelah atas badan candlestick. Saham ditutup pada RM0.65 pada hari tersebut.
Maka, begitulah ceritanya bagaimana Bang Din boleh mengalami kerugian dengan saham ini gara-gara degil tak mahu tunggu sehingga petang. Kalau sabar dan tunggu sehingga petang kan boleh tengok sama ada masih relevan ataupun tidak untuk beli saham tersebut.
Ini tidak bermaksud anda langsung tidak boleh membeli saham di sebelah pagi, tetapi anda disarankan untuk menunggu peluang di sebelah petang untuk menunggu sehingga candlestick hampir terbentuk dengan sempurna.
Jika anda cekap dengan teknikal, tiada masalah untuk anda beli saham di waktu pagi.
Kerja Makan Gaji Dan Tak Sempat Nak Monitor Saham? Kami Kongsikan Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Kami janji akan dapat banyak ilmu dan mudah faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Memang berbaloi……
Apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang!