Sebelum kita berbincang mengenai breakout 52-week high, mari kita bincangkan mengenai breakout terlebih dahulu.
Breakout merupakan satu kejadian apabila harga saham berjaya memecahkan paras harga rintangan. Rintangan pula adalah halangan yang menghalang harga saham daripada meneruskan kenaikan. Untuk sesebuah breakout terhasil, ia haruslah hadir dengan volume yang besar untuk memecahkan rintangan tersebut.
Umpama kita nak pecahkan dinding, sudah tentu kita memerlukan tekanan yang kuat.
Baca : Apa Yang Dimaksudkan Dengan ‘Breakout’ Dalam Saham?
Apa Itu Breakout 52-Week High?
Seterusnya, apa pula breakout 52-week high?
52-week high merujuk kepada paras tertinggi saham pada 1 tahun yang lalu. Mengapa 52 minggu? Hal ini kerana terdapat 52 minggu dalam setahun. Sekiranya harga saham berjaya melepasi harga saham sepanjang 1 tahun, tentunya ia amat menarik kerana ramai pelabur dan pedagang yang berminat untuk membeli saham tersebut.
Breakout 52-week high dikatakan antara breakout yang paling kuat. Benarkah?
Sesebuah saham berpotensi untuk berada dalam fasa accumulation untuk jangka masa setahun dan mungkin lebih lama. Kebiasaannya ketika tempoh ini, saham akan beberapa kali membuat percubaan untuk breakout namun tidak berjaya.
Oleh itu, semakin lama sesebuah saham tersebut dalam fasa sideways, semakin kuat momentum kenaikan sekiranya saham tersebut membuat breakout kelak.
Sekarang anda faham kenapa breakout 52-week high antara breakout yang paling menarik?
Kebiasaannya, saham yang membuat breakout 52-week high akan mampu melonjakkan harga saham dengan tinggi.
Jom lihat beberapa saham yang telah membuat breakout 52-week high.
1. Theta Edge Berhad
Sumber :
Theta membuat breakout 52-week high setelah consolidate sejak Februari 2021. Breakout tersebut meletakkan harga saham Theta berada pada paras tertinggi sejak May 2011. Setelah 10 tahun, akhirnya Theta berjaya melepasi rintangan tersebut.
Minat belian yang berterusan melonjakkan Theta sehingga RM2.49 empat hari selepas breakout tersebut.
Berdasarkan breakout pada harga RM1.23, pulangan ROI yang diperoleh sejak breakout tersebut adalah sebanyak 102.44%!
2. Hibiscus Petroleum Berhad
Sumber :
Pada 8 Oktober 2021, Hibiscus berjaya membuat breakout 52-week high dan ditutup pada harga tertinggi sejak kejatuhan saham-saham Bursa Malaysia pada Mac 2020.
Breakout ini sangat penting kerana ia memberi bayangan berakhirnya fasa consolidation sektor tenaga. Ini juga menandakan potensi fasa bullish bagi sektor tenaga.
Kenaikan harga saham Hibiscus sudah tentu didorong oleh harga WTI crude oil dan Brent crude oil yang bertahan di atas 80 dolar setong. Adakah harga minyak mentah bakal menuju ke paras 100 dolar setong? Sama-sama kita nantikan.
Sumber: oilprice.com (12 Oktober 2021)
Setakat artikel ini ditulis pada 12 Oktober 2021, minat belian terhadap Hibiscus masih berterusan. Pulangan ROI yang dihasilkan oleh Hibiscus setelah ia membuat breakout 52-week high adalah 18.47% dalam masa 3 hari.
3. Opcom Holdings Berhad
Sumber :
Opcom Holdings Berhad pula membuat breakout 52-week high pada 22 September 2021 setelah kali terakhir berada pada harga tersebut pada Februari 2021.
Setelah membuat breakout pada 22 September 2021, Opcom terus melonjak naik sehingga mencecah RM1.79 pada 12 Oktober 2021 dan rally ini berlaku kurang dari sebulan.
Kenaikan tersebut berjaya memberikan pulangan ROI sebanyak 115.66% kepada yang membeli saham tersebut ketika breakout dan memegangnya sehingga RM1.79.
Kesimpulannya, breakout 52-week high adalah breakout yang mampu memberikan pulangan yang tinggi kepada para pelabur dan pedagang. Maka, anda boleh mencari saham yang sedang menghampiri paras 52-week high dan perhatikan saham-saham tersebut.
Semua nama saham yang dinyatakan dalam artikel ini bukan sebarang saranan belian. Semua breakout tersebut telah berlaku pada masa yang lalu dan tidak sesuai dijadikan rujukan untuk pergerakan harga semasa.
Setiap pembelian saham adalah tanggungjawab masing-masing.
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout




