Untuk menghargai dan mengekalkan sokongan kepada pemegang saham, syarikat kebiasaannya akan memberikan bonus kepada pemegang saham. Kebiasaannya, bonus diberikan dalam bentuk dividen. Tetapi, adakalanya syarikat hendak mengekalkan tahap tunai atau preserve cash level maka syarikat akan memilih untuk memberikan bonus dalam bentuk bonus issue.
Dalam menjalankan kegiatan normal, rizab syarikat meningkat dengan mengekalkan sebahagian dari pendapatannya atau perusahaan syarikat akan menilai kembali fixed asset syarikat sehingga menghasilkan lebihan yang akan meningkatkan rizabnya. Oleh itu, nilai aset syarikat mungkin jauh melebihi dari nilai modal terbitannya dengan hasil dari sebahagian atau baki dari pelbagai rizab.
Syarikat kemudiannya boleh memutuskan untuk menukar sebahagian rizab ini menjadi issue capital. Saham baru akan diterbitkan dan diedarkan tanpa pembayaran kepada pemegang saham yang ada berdasarkan dengan jumlah pegangan yang ada. Sebagai contoh, jika syarikat mengumumkan terbitan bonus 2:1, untuk setiap unit saham yang dimiliki pemegang saham, mereka akan menerima dua unit saham bonus baru.
Pemegang saham boleh menjual bonus issue mengikut keperluan. Bonus issue juga boleh dikeluarkan bagi menyusun semula rizab syarikat. Pengeluaran bonus issue tidak melibatkan aliran tunai. Ia meningkatkan modal saham syarikat tetapi bukan aset bersihnya.
Walaupun bonus issue menjimatkan cash syarikat, tetapi sebenarnya bonus issue ini melibatkan kos yang lebih tinggi kepada syarikat berbanding dengan membayar dividen. Ini kerana jika pada masa akan datang syarikat hendak mengekalkan jumlah dividen per share, syarikat perlu berbelanja lebih banyak disebabkan pertambahan jumlah share di dalam pasaran.
Disebabkan berlaku dilution kepada share dan kebimbangan terhadap prestasi pembayaran dividen pada masa akan datang, kebiasaannya bonus issue akan menyebabkan kejatuhan harga saham sebelum ia kembali mengikut fundamental syarikat.
Case Study Supermax Corporation Berhad
Sebagai contoh yang terbaru, Supermax Corporation Berhad bakal mengumumkan Bonus Issue 1:1 pada tarikh yang akan ditentukan kelak. Antara yang boleh diperhatikan oleh para pelabur atau pedagang adalah tarikh Ex-Date dan Entitlement Date pada pengumuman yang akan datang. Berikut adalah pengumuman yang dikeluarkan oleh syarikat pada 20hb Julai 2020.

Sebagai kajian berikut adalah contoh bonus issue yang pernah diberikan oleh syarikat dan kesan kepada harga saham syarikat tersebut pada carta. Pengumuman ini dikeluarkan oleh syarikat pada 19 Disember 2018.


Antara kesan-kesan terhadap harga pada carta selain dari jumlah share syarikat yang bertambah adalah:
- Kenaikan harga saham sebanyak 8.75% dalam tempoh 3 hari disebabkan minat belian bagi mendapatkan bonus issue yang akan bakal diberikan oleh syarikat.
- Penurunan sebanyak 20% setelah dari kenaikan akibat pengumuman bonus issue dan penurunannya sangat ketara sejurus selepas tarikh entitlement date iaitu pada 7hb Januari 2019. Ramai pedagang mengambil keputusan untuk melepaskan pegangan dan meraih keuntungan dari bonus issue dan impak kepada syarikat boleh dilihat dengan penurunan harga akibat dari tekanan penjualan yang tinggi.
Case Study Top Glove Corporation Berhad Sebagai contoh Top Glove Corporation Berhad juga bakal mengumumkan Bonus Issue 2:1 pada tarikh yang akan ditentukan kelak. Antara yang boleh diperhatikan oleh para pelabur atau pedagang adalah tarikh Ex-Date dan Entitlement Date pada pengumuman yang akan datang. Berikut adalah pengumuman yang dikeluarkan oelh syarikat pada 20hb Julai 2020.

Sebagai kajian berikut adalah contoh bonus issue yang pernah diberikan oleh syarikat dan kesan kepada harga pada carta. Pengumuman ini dikeluarkan oleh syarikat pada 11 Oktober 2018.

Antara kesan-kesan terhadap harga pada carta selain dari jumlah share syarikat yang bertambah adalah:
- Kenaikan harga saham yang sangat ketara sebanyak 18.75% dalam tempoh 3 hari disebabkan minat belian bagi mendapatkan bonus issue yang akan bakal diberikan oleh syarikat.
- Penurunan hampir 10% setelah dari kenaikan akibat pengumuman bonus issue dan penurunan sejurus selepas tarikh entitlement date iaitu pada 26hb Oktober 2018. Ramai pedagang mengambil keputusan untuk melepaskan pegangan dan meraih keuntungan dari bonus issue dan impak kepada syarikat boleh dilihat dengan penurunan harga sedikit sebanyak akibat daripada aktiviti penjualan.
Rumusan
Sebagai penutup, pemberian bonus issue daripada syarikat kepada para pelabur memberikan impak positif dan juga negatif dalam masa yang sama. Para pelabur hendaklah bijak menentukan tindakan daripada pengumuman pemberian bonus issue ini. Contoh kajian dalam artikel ini bertujuan untuk pembelajaran dan tiada saranan belian diberikan dan segala tindakan daripada pembacaan artikel ini adalah atas risiko masing masing.
Sumber Rujukan:
- Bursamalaysia.com
- Investopedia.com
- Malaysiastock.biz
- Tradingview.com
- Stock Market & Security Law
Baca lagi Saham-Saham Ini Mengalami Kejatuhan Selepas Bonus Issue
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……




