• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Pelabur Asing Muncul Sebagai Pembeli Bersih Minggu Lepas, Catat Aliran Masuk Bersih RM924.77 Juta

in Berita
A A
Syarikat Dapat Manfaat Daripada Perubahan Indeks Konstituen

KUALA LUMPUR 27 FEBRUARI 2020. Pasaran saham Bursa Malaysia Indeks di Ibupejabat Bank RHB di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) — Pelabur asing menjadi pembeli bersih pada minggu lepas, dengan aliran masuk bersih sebanyak RM924.77 juta berbanding RM293.36 juta pada minggu sebelumnya, mencatatkan purata penyertaan sebanyak 18.4 peratus daripada 19.2 peratus sebelum ini, menurut MIDF Research.

Ini merupakan minggu kedua untuk belian bersih oleh pelabur asing, selepas seminggu mencatatkan aliran masuk sebelum ini.

“Berdasarkan pasaran dibuka semula pada Isnin lepas, institusi tempatan merupakan penjual bersih berjumlah RM154.74 juta.

“Sementara itu, peruncit dan pelabur asing adalah pembeli bersih, masing-masing berjumlah RM23.30 juta dan RM131.43 juta,” katanya dalam laporan aliran dana mingguannya.

Pelabur asing merupakan pembeli bersih pada setiap hari pada minggu tersebut. Aliran masuk asing yang terbesar dicatatkan pada Jumaat dengan aliran masuk terkecil pada Khamis, masing-masing berjumlah RM303.22 juta dan RM79.99 juta.

Secara berasingan, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata didapati kini pelabur asing mencatatkan belian bersih selama dua minggu berturut-turut.

“Kami percaya pembukaan semula ekonomi susulan peningkatan perjalanan antara negeri mungkin menjadi antara faktor penyumbang utama yang akan menjana aktiviti ekonomi yang lebih meriah.

“Impaknya melibatkan pelbagai sektor seperti penerbangan, makanan dan minuman, hotel, hiburan dan rangkaian runcit berikutan akan terdapat lebih banyak perbelanjaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Belum lagi mengenai harga komoditi yang tinggi ternyata akan meningkatkan sentimen terhadap sektor minyak dan gas serta perladangan,” katanya.

Bagi peruncit, MIDF melaporkan bahawa mereka merupakan penjual bersih untuk kebanyakan hari kecuali pada Isnin dan Selasa.

Jualan bersih terbesar oleh peruncit dicatatkan pada Jumaat dan belian bersih terbesar pada Selasa, masing-masing berjumlah -RM82.15 juta dan RM29.16 juta.

Dari segi kumulatif, pada minggu itu, peruncit bersih menjual ekuiti bernilai -RM78.64 juta di Bursa Malaysia.

Sementara itu, institusi tempatan mencatatkan jualan bersih mingguan kumulatif sebanyak -RM846.14 juta dan institusi tempatan adalah penjual bersih setiap hari pada minggu tersebut dengan jualan bersih terbesar sebanyak -RM245.86 juta pada Rabu manakala aliran keluar bersih terkecil pada Khamis sebanyak -RM47.13 juta.

“Dari segi kumulatif, sejak awal 2021, peruncit menjadi satu-satunya pembeli bersih pasaran ekuiti kita berjumlah RM10.32 bilion,” katanya.

Institusi tempatan dan pelabur asing merupakan penjual bersih, masing-masing sebanyak -RM7.56 bilion dan -RM2.77 bilion.

“Bagaimanapun, didapati kedudukan jualan bersih pelabur asing terus merosot. Ia sebanyak -RM3.75 bilion sehingga akhir September 2021.

“Dari segi penyertaan, pelabur runcit, institusi tempatan dan pelabur asing mencatatkan pergerakan mingguan, masing-masing sebanyak 8.66 peratus, 11.17 peratus dan 4.97 peratus dalam purata nilai perdagangan harian,” menurut MIDF.

Malaysia mencatatkan aliran masuk pelabur asing pada minggu lepas bersama dengan Thailand dan Indonesia antara negara-negara Asia Tenggara.

— BERNAMA

Share231ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In