• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Aco Pasang Stesen Pengecas Terpantas Kenderaan Elektrik Di Johor

in Catalyst
A A
Aco Pasang Stesen Pengecas Terpantas Kenderaan Elektrik Di Johor
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) — ACO Group Bhd bekerjasama dengan EV Connection Sdn Bhd untuk memasang stesen pengecasan pantas arus-terus (DC) di ibu pejabat baharu ACO di Johor Bahru dengan kapasiti 180-kilowatt (kW), yang menjadi salah satu stesen kelajuan pengecasan terpantas di Malaysia dan pertama di Johor.

Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan itu berkata pemilik kenderaan elektrik (EV) boleh memandu ke ibu pejabat ACO bagi mengecas kenderaan mereka sehingga 180kW yang mengambil masa sehingga 30 minit untuk mengecas kereta berbanding mengecas menggunakan arus ulang-alik (AC) yang mengambil masa enam hingga 10 jam untuk cas penuh.

Pengarah Urusan Kumpulan Tang Pee Tee berkata industri EV Malaysia menyediakan peluang yang besar untuk kumpulan dan ia berhasrat memperluaskan penglibatan dalam pembangunan infrastruktur pengecasan EV melalui pelaburan strategik dalam EV Connection.

Sehubungan itu, ACO Group telah mencadangkan untuk memperoleh 10 peratus kepentingan dalam EV Connection, penyedia perkhidmatan mobiliti elektrik sehenti, dengan pertimbangan tunai RM1.0 juta untuk memanfaatkan prospek pertumbuhan yang meningkat dalam EV.

“Bersama dengan EV Connection, kami menyasarkan untuk terlibat dalam meningkatkan rangkaian pengecas EV di Malaysia bagi membuka jalan untuk penggunaan EV yang lebih besar dan menyokong desakan untuk memacu penyahkarbon,” kata Tang.

Beliau menambah kedua-dua syarikat akan memanfaatkan kekuatan masing-masing, yang mana penawaran dan kewujudan produk ACO yang luas di Malaysia dan pengetahuan teknikal EV Connection yang kukuh dalam infrastruktur EV, boleh mempercepatkan lagi penggunaan stesen pengecasan EV di Malaysia.

Pada 2.54 petang, saham ACO turun 4.5 sen kepada 34 sen dengan 33.68 juta saham diniagakan.

— BERNAMA

Tags: EV
Share268ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In