CANSLIM ni leceh lah, tengok carta sudahlah! Siapa je guna CANSLIM ni?
Dalam pelaburan saham, ada dua teknik pelaburan yang sangat popular. Iaitu teknik analisa fundamental dan juga analisa teknikal. Kedua-dua teknik ini sangat penting dalam dunia pelaburan saham.
Salah satu kaedah yang menggabungkan kedua-dua teknik analisa fundamental dan juga teknikal ini adalah formula yang diperkenalkan oleh William J O’Neil, iaitu formula CANSLIM.
Baca: Memilih Saham Berkualiti Dengan Kaedah C.A.N.S.L.I.M
Strategi formula CANSLIM ini menggabungkan analisa fundamental dan juga teknikal dimana pelabur akan membuat penilaian terhadap sesebuah syarikat berdasarkan komponen yang ada dalam formula CANSLIM ini. Komponen tersebut adalah seperti berikut:-
Daripada komponen tersebut, terdapat lebih banyak analisa fundamental terhadap sesebuah syarikat dan tidak dilupakan analisa teknikal.
“Tapi penting ke kaji tentang fundamental syarikat? Kan lagi senang tengok carta sahaja”
Anda perlu ingat bahawa disebalik saham yang diapungkan dalam pasaran, wujud sebuah perniagaan yang sedang berjalan. Sebab itu pentingnya kita tahu tentang fundamental syarikat tersebut sebelum membuat keputusan pelaburan kita.
Jika kita hanya mengharapkan kajian teknikal semata-mata, kita meletakkan nasib pelaburan kita sepenuhnya kepada kebarangkalian atau probability apa yang diharapkan menjadi.
Kita nak melabur atau berjudi?
Sebaiknya kita gabungkan kedua-dua kajian ini kerana kajian fundamental akan menjawab soalan ‘what to buy’ sementara kajian teknikal pula akan menjawab soalan ‘when to buy’.
Baca: Kajian Fundamental Atau Teknikal Yang Lebih Penting Untuk Melabur Saham ni?
Percaya tak jika saya katakan analyst report yang dikeluarkan oleh broker itu ada hampir kesemua komponen CANSLIM tersebut.
Mari kita lihat komponen CANSLIM yang terdapat dalam analyst report daripada broker CGS-CIMB.
Formula CANSLIM Dalam Analyst Report
Untuk artikel kali ini, kita akan menggunakan analyst report daripada broker CGS-CIMB dan mengambil satu contoh report berkenaan dengan syarikat Genetec Technology Berhad (Genetec) yang dikeluarkan pada 22 September 2021 yang lalu.
Ingat, ini sekadar contoh untuk tujuan pembelajaran, bukan saranan belian mahupun jualan!
Sumber: CGS-CIMB
Berikut merupakan halaman pertama analyst report tentang syarikat Genetec ini dan daripada halaman pertama ini sebenarnya sudah banyak komponen CANSLIM yang boleh kita dapat.
Komponen ‘C’ dan ‘A’ dalam Analyst Report
Sumber: CGS-CIMB
Komponen C dan A adalah tentang pendapatan syarikat. Dalam laporan ini, pihak CGS-CIMB telah highlight tentang pendapatan Genetec dan menjangkakan potensi pendapatan syarikat untuk 3 tahun akan datang.
Bukan itu sahaja, jangkaan pendapatan ini dihuraikan dengan terperinci pada halaman seterusnya untuk menyokong jangkaan yang dibuat.
Sebagai pelabur, kita hanya perlu baca dan buat penilaian serta perbandingan dengan kajian daripada broker lain jika broker tersebut juga mengeluarkan laporan tentang syarikat yang sama.
Komponen ‘N’ Dalam Analyst Report
Komponen ‘N’ pula adalah tentang sebarang pembaharuan yang ada pada syarikat termasuklah berita atau sentimen baru yang berkaitan dengan syarikat.
Pada halaman pertama analyst report ini, pihak penganalisa telah highlightkan sentimen semasa yang berkait rapat dengan syarikat Genetec sendiri.
Sumber: CGS-CIMB
Daripada petikan analyst report tersebut, terdapat tiga sentimen positif yang berkaitan Genetec seperti:-
- Reputasi syarikat semakin kukuh dalam industri
- Merupakan proksi pertukaran dunia kepada tenaga lestari
- Perkembangan pengeluaran kenderaan elektrik dunia
Berita atau sentimen positif inilah yang merupakan salah satu perkara yang dicari untuk komponen ‘N’ dalam formula CANSLIM.
Baca: Makna Sebalik Akronim ‘N’ Dalam CANSLIM
Komponen ‘S’ Dalam Analyst Report
‘S’ merujuk kepada Supply dan Demand terhadap sesuatu saham ini untuk menentukan sama ada harga saham tersebut mudah untuk bergerak atau sebaliknya.
Sumber: CGS-CIMB
Dalam analyst report daripada CGS-CIMB ini, saham Genetec yang masih diapungkan di pasaran saham adalah sebanyak 51.4 juta unit dan jumlah yang masih terapung di pasaran adalah sebanyak 51.4% daripada jumlah keseluruhan.
Komponen ‘L’ Dalam Analyst Report
Komponen ‘L’ ini pula merujuk kepada Leader atau Laggard yang biasanya dibandingkan dengan jumlah modal pasaran sesuatu saham dari segi fundamental.
Sumber: CGS-CIMB
Berdasarkan penilaian daripada CGS-CIMB, Genetec tidak mempunyai pesaing yang khusus dengan syarikat-syarikat tempatan. Oleh itu kita boleh kategorikan syarikat ini merupakan leader dalam industri kenderaan elektrik.
Namun jika dibandingkan dengan industri yang lebih besar seperti industri semikonduktor, Genetec mungkin akan dikategorikan sebagai laggard berdasarkan jumlah modal pasaran syarikat ini.
Komponen ‘M’ Dalam Analyst Report
‘M’ membawa maksud Market Direction yang biasanya akan dilihat pada pergerakan carta sesuatu saham tersebut.
Sumber: CGS-CIMB
Dalam analyst report daripada CGS-CIMB ini, ada disediakan carta teknikal syarikat Genetec yang berbentuk line chart.
Daripada carta tersebut, kita boleh membuat konklusi bahawa saham ini sedang bergerak dalam aliran uptrend.
Berikut merupakan maklumat yang dicari dalam formula CANSLIM yang ada dalam analyst report, bukan sahaja pada report CGS-CIMB, malah kebanyakan report daripada broker lain juga biasanya akan ada maklumat yang lebih kurang sama.
Jadi jika saham yang kita minat tidak ada laporan terkini daripada mana-mana broker, boleh lah kita lakukan sendiri dengan menggunakan formula CANSLIM ini.
Walaupun apa yang kita buat nanti tidak terperinci berbanding para analyst buat, tidak mengapa. Janji kita buat dan kita faham apa yang kita buat.
Nak buat CANSLIM ini juga perlu ada ilmu, kita perlu tahu mana nak dapat maklumat setiap komponen CANSLIM tersebut dan maksud setiap maklumat yang kita kumpulkan itu.
Buat duit ketika musim QR!
Setiap Quarter Report (QR) ada ceritanya, jangan sampai rugi sebab syarikat umum QR..
❌ Ini bukan kelas preview,
Kita akan terus belajar:-
✅ Cara pilih dan tapis saham yang baik untuk buat ‘Watchlist’ dikala musim QR
✅ Belajar kenal pasti syarikat bermasalah yang patut dielakkan
✅ Serta case study untuk dijadikan panduan

Kerja Makan Gaji Dan Tak Sempat Nak Monitor Saham? Kami Kongsikan Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Kami janji akan dapat banyak ilmu dan mudah faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Memang berbaloi……
Apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang!
