KWSP melepaskan lebih 500 ribu unit pegangan mereka dalam saham berkaitan sarung tangan getah
Jerung dalam pasaran saham ini dikenali sebagai pelabur yang mempunyai modal pelaburan yang sangat besar terutamanya pelabur institusi seperti:-
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
- Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Sumber: The Kapital
Banyak lagi pelabur institusi yang ada di Malaysia ini seperti Khazanah Nasional Berhad, syarikat insuran dan pelbagai lagi.
Baca: Siapa Itu Jerung? Dan Sejauh Mana Jerung Mempengaruhi Pasaran Saham?
Artikel kali ini akan mendedahkan saham-saham yang dijual dan dibeli oleh jerung tempatan pada minggu pertama bulan Oktober 2021.
Mari kita lihat saham-saham yang dijual oleh pelabur-pelabur institusi setakat 7 Oktober 2021.
Saham-Saham Yang Dilepaskan Oleh Jerung
Setakat 7 Oktober 2021, KWSP sahaja telah melepaskan hampir 7 juta unit saham secara keseluruhan pegangan saham mereka dalam 6 buah syarikat.
Antara saham-saham syarikat yang dilepaskan oleh KWSP pada minggu lepas adalah seperti:-
Sumber: CGS-CIMB
- AMMB Holding Berhad (AMBANK) * Non Shariah – 4,910,500 unit
- KPJ Healthcare Berhad (KPJ) – 1,022,800 unit
- Malaysia Airports Holding Berhad (AIRPORT) *Non Shariah – 485,400 unit
- Hartalega Holdings Berhad (HARTA) – 304,100 unit
- Top Glove Corporation Berhad (TOPGLOV) – 235,900 unit
- Tenaga Nasional Berhad (TENAGA) – 19,000 unit
Daripada 6 buah syarikat tersebut, tiga daripadanya adalah syarikat daripada sektor penjagaan kesihatan sementara bakinya yang lain adalah daripada sektor yang pelbagai seperti sektor utiliti, kewangan dan juga pengangkutan.
Sementara KWAP dan Skim Amanah Saham Bumiputera pula melepaskan lebih daripada 2.5 juta dan 4.8 juta unit saham masing-masing dalam dua budah syarikat pegangan mereka.
Antara saham syarikat yang dijual oleh KWAP pada minggu lepas adalah seperti:-
Sumber: CGS-CIMB
- IJM Corporation Berhad (IJM) – 1,713,100 unit
- MISC Berhad – 932,500 unit
Dua saham ini terdiri daripada sektor pembinaan dan juga sektor pengangkutan dan logistik.
Saham yang dijual oleh Skim Amanah Saham Bumiputera ini pula adalah seperti berikut:-
Sumber: CGS-CIMB
- Malayan Banking Berhad (MAYBANK) * Non Shariah – 3,013,400 unit
- Petronas Chemicals Group Berhad (PCHEM) – 1,893,300 unit
Daripada dua syarikat yang dijual tersebut, satunya adalah daripada sektor perbankan dan satu lagi adalah daripada sektor produk dan perkhidmatan industri.
Berikut adalah antara saham syarikat yang dijual oleh 3 pelabur institusi diatas. Mari kita lihat saham syarikat yang dibeli oleh pelabur institusi ini setakat 7 Oktober 2021.
Saham-Saham Yang Dibeli Oleh Jerung
Pada minggu pertama bulan Oktober 2021 sahaja, KWSP merupakan pelabur institusi yang membuat pembelian yang besar dengan melibatkan pembelian hampir 12 juta unit saham untuk 20 saham syarikat di Bursa Malaysia.
Mari kita lihat top 5 saham yang dibeli oleh KWSP pada minggu pertama bulan Oktober 2021. Saham-saham tersebut adalah seperti:-
Sumber: CGS-CIMB
- Public Bank Berhad (PBBANK) * Non Shariah – 5,000,000 unit
- Inari Amertron Berhad (INARI) – 3,091,700 unit
- Petronas Chemicals Group Berhad (PCHEM) – 1,374,800 unit
- Malayan Banking Berhad (MAYBANK) * Non Shariah – 1,337,600 unit
- IHH Healthcare Berhad (IHH) – 1,114,200 unit
Daripada 5 saham yang paling banyak dibeli oleh KWSP ini, dua daripadanya adalah daripada sektor perbankan dan yang adalah daripada sektor seperti teknologi, produk dan perkhidmatan industri dan juga penjagaan kesihatan.
Saham-saham lain yang dibeli oleh KWSP adalah seperti jadual di atas.
Mari kita lihat pula saham yang dibeli oleh KWAP setakat 7 Oktober 2021. Saham-sahamnya adalah seperti berikut:-
Sumber: CGS-CIMB
- MY E.G Services Berhad (MYEG) – 2,000,000 unit
- Bursa Malaysia Berhad (BURSA) – 16,000 unit
Saham yang dibeli oleh KWAP terdiri daripada syarikat yang berada dalam sektor teknologi dan juga kewangan.
Baca: Top 5 Saham Di Dalam Portfolio 3 Jerung Terbesar Tempatan
Berikut merupakan antara saham yang dijual beli oleh pelabur institusi tempatan kita sepanjang minggu pertama bulan Oktober 2021.
Mesti ada sebab mengapa mereka menjual dan juga membeli saham-saham tersebut. Sebagai pelabur runcit, pastikan anda lakukan kajian saham anda sendiri sebelum membuat sebarang keputusan pembelian ini.




