Seronok melihat rakan–rakan dah mula beralih arah kepada pelaburan saham global di Wall Street dan juga perlahan–lahan merasai sendiri perdagangan berisiko tinggi instrumen derivatif seperti minyak sawit mentah masa hadapan (FCPO) dan juga minyak mentah masa hadapan (crude oil atau CL).

Para pedagang derivatif sering digembar–gemburkan dengan pelbagai cerita dan kisah cara mudah membuat keuntungan dalam satu malam sahaja. Apatah lagi, instrumen sebegini boleh menjana keuntungan dua hala (long and short). Namun menurut Securities Industry Development Corp (SIDC), perdagangan pada instrumen derivatif merupakan dagangan berisiko tinggi walaupun ia juga menjanjikan pulangan yang lebih besar jika hendak dibandingkan dengan perdagangan pada instrumen ekuiti (saham) atau unit trust.
Kenapa Derivatif Berisiko Tinggi?
Setiap rumah broker atau institusi pelaburan mempunyai nilai permulaan yang diperlukan sebelum perdagangan terhadap instrumen derivatif boleh dilakukan.

Sebagai contoh, jika kita laburkan RM10,000 ke dalam FCPO misalnya, dalam hari yang sama juga RM10,000 tersebut boleh lesap sekiranya rugi tidak terkawal akibat berat untuk melaksanakan cut loss!

Masih ingat lagi sejarah minyak mentah dunia jatuh di bawah harga USD $0 setong? Terkebil – kebil mata penulis menyaksikan sendiri pergerakan harga minyak per tong jatuh ke paras negatif USD $40! Bagaimana modal kita sebelum kejadian tersebut berlaku dengan, posisi yang diletakkan adalah dalam keadaan long? Apakah kerugian tersebut berganda – ganda, bahkan perlu ditambah semula duit ke dalam akaun pelaburan seperti Margin Call?
Maintenance Margin Penyelamat Modal Para Pedagang
Wujud keperluan sistem yang boleh ‘tolong’ dengan menyediakan ‘safety net’ kepada para pedagang kerana sifat pergerakan derivatif lebih sensitif dan liar terhadap mana–mana catalyst yang berkaitan.
Maka ‘safety net’ tersebut dipanggil sebagai Maintenance Margin. Berbeza dengan Margin Call, Maintenance Margin merujuk kepada nilai minimum (duit) yang perlu dikekalkan dalam akaun pelaburan sebaik sahaja pembelian/perdagangan telah dilaksanakan terhadap mana–mana instrumen derivatif. Mengikut peraturan atau ketetapan yang dilakukan rumah broker, kebiasaannya nilai maintenance margin adalah 20% – 30% daripada nilai Initial Margin.
Initial Margin ini merujuk kepada nilai minimum (duit) yang perlu ada dalam akaun pelaburan sebelum transaksi pembelian dilakukan. Sebagai contoh, rumah broker XYZ menetapkan RM5,000 diperlukan untuk memulakan 1 lot pembelian derivatif FCPO.
Nilai RM5,000 inilah dirujuk sebagai Initial Margin. Jika ketetapan maintenance margin adalah 20% daripada modal asalnya tadi, maka rumah broker akan melaksanakan Force Selling (FS) jika pedagangan kita dalam keadaan rugi serta modal kita mencecah 20% daripada modal asal. Erti kata mudah, jika kita mulakan dagangan dengan nilai RM5,000, Force Selling akan berlaku jika nilai tersebut susut sehingga RM1,000. Sudah tentu, kerugian RM4000 adalah besar namun setidak – tidaknya berbaki nilai RM1000 tadi boleh dikeluarkan andai kita memilih untuk berehat sebentar daripada instrumen derivatif.
Bukan Semua Mampu Berdagang Di Pasaran Derivatif

Kalian perasan bahawasanya penulis menggunakan perkataan pedagang bukannya pelabur sepanjang artikel ini? Secara hakikatnya, pergerakan pasaran derivatif terlampau hebat dan volatile maka rata–rata pemain instrumen derivatif sebenarnya lebih memihak kepada para pedagang bukannya para pelabur. Sudah tentu, instrumen ini tidak sesuai untuk menjana keuntungan jika mengharapkan catalyst atau bantuan buy call semata–mata dan lebih sesuai andai kemahiran Analisa Teknikal telah pun dicapai terlebih dahulu.
Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.
Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.Mulakan sekarang.
Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab

Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :
1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti
Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.
Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.
Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->





![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)