CANSLIM merupakan satu formula atau strategi pelaburan saham yang diperkenalkan oleh William J.O’Neil yang sangat popular digunakan oleh para pelabur.
Baca: Memilih Saham Berkualiti Dengan Kaedah C.A.N.S.L.I.M
Dalam strategi CANSLIM ini, terdapat tujuh perkara yang ditekan oleh William J. O’Neil untuk para pelabur perhatikan seperti berikut:-
- C- Current Earning
- A- Annual Earning
- N- News/New
- S- Supply & Demand
- L- Leader Or Laggard
- I- Institutional Investor/sponsorship
- M- Market Direction
Untuk artikel kali ini, kita akan fokuskan tentang akronim ‘N’ yang ada di dalam formula CANSLIM ini.
Makna Disebalik Akronim ‘N’ Dalam Formula CANSLIM
Sumber: iStock
Akronim ‘N’ ini biasanya diketahui News atau berita terkini tentang sesebuah syarikat. Berita terkini tentang syarikat boleh menjadi pemangkin kepada kenaikan harga saham sebuah syarikat dan juga boleh menjadi penyebab kepada kejatuhan harga saham jika terdapat berita kurang baik berkaitan syarikat.
Sumber: Bernama
Contohnya, berita tentang rancangan DNeX untuk mengambil alih syarikat Silterra pada penghujung Januari 2021 telah menyebabkan harga saham syarikat ini naik dengan begitu drastik sekali.
Sumber :
Harga saham DNeX naik lebih daripada dua kali ganda daripada harga sebelum berita tentang pengambilalihan ini ada.
Namun ada juga syarikat yang kerap mempunyai berita namun tidak berjaya menggerakkan harga sahamnya seperti yang diharapkan.
Sumber: Bernama
Jika kita perasan, berita tentang syarikat pengendali minyak dan gas, Sapura Energy kerap keluar namun berita ini gagal untuk menggerakkan harga saham syarikat ini.
Terdapat pelbagai sebab kenapa ianya terjadi, antaranya adalah kerana syarikat ini mempunyai kebergantungan yang tinggi dengan pergerakan minyak mentah dunia.
Walaupun mempunyai berita yang baik tentang syarikat, sahamnya gagal mendapat minat pelabur kerana permintaan minyak dunia ketika itu menurun atas sebab tertentu.
Satu lagi puncanya mungkin kerana saham ini terlalu berat jumlahnya untuk bergerak dan memerlukan permintaan daripada ramai pelabur dengan jumlah yang banyak untuk menggerakkan harga saham ini.
Tidak lupa pula kepada berita buruk yang menyebabkan harga saham syarikat jatuh merudum dalam masa yang singkat.
Sumber: Bernama
Berita tentang masalah audit yang dihadapi oleh syarikat Serba Dinamik telah menyebabkan Bursa Malaysia bekukan dagangan saham syarikat ini selama dua hari.
Namun selepas dagangan dibuka semula pada hari berikutnya, harga saham syarikat ini jatuh lebih daripada tiga kali ganda daripada harga sebelumnya.
Baca: Serba Dinamik Limit Down Selepas Dua Hari Dibekukan
Namun, komponen N di dalam CANSLIM membawa lebih daripada satu makna. Mari kita lihat apa makna lain sebalik akronim N ini.
N Lebih Daripada Sekadar News
Dalam strategi CANSLIM ini, akronim N juga membawa maksud New atau perkara baru yang terjadi kepada syarikat.
Perkara baru seperti segmen perniagaan baru yang diceburi atau produk baru yang dikeluarkan syarikat mampu memberi impak kepada harga semasa saham syarikat berkenaan.
Sumber; The Star
Antara contoh yang ketara adalah apabila syarikat yang dikenali sebagai pengendali minyak seperti Uzma mula menceburi bidang tenaga boleh diperbaharui telah menyebabkan para penganalisa menjangkakan peningkatan harga saham syarikat ini.
Ternyata ketika berita ini keluar, harga saham Uzma meningkat lebih tinggi daripada jangkaan penganalisa pasaran ketika itu.
Sama juga seperti apa yang terjadi kepada syarikat Mah Sing yang menceburi perniagaan pembuatan sarung tangan dikala pandemik Covid-19 sedang menular.
Sumber: The Star
Berita tentang syarikat MahSing menceburi perniagaan baru dengan mengeluarkan produk sarung tangan sendiri juga telah menyebabkan minat belian terhadap saham ini meningkat dan telah menyebabkan kenaikan harga yang tinggi dalam masa yang singkat.
N Untuk New Management
Akronim N juga membawa maksud New Management sesebuah syarikat itu. New Management ini terdiri daripada pembaharuan pihak pengurusan dan juga pembaharuan dari segi pemilik utama saham syarikat.
Sumber: Berita Harian
Contoh pelantikan CEO baru daripada syarikat POS Malaysia telah menyebabkan harga saham syarikat ini naik pada hari dagangan pada hari berikutnya.
Sumber :
Pada pembukaan sesi dagangan 2 Ogos 2021 menyaksikan harga saham syarikat ini meningkat hampir 6% dalam masa sehari dan mematahkan downtrend line selama sebulan daripada harga saham syarikat ini.
Pembaharuan daripada pengurus syarikat memainkan peranan yang penting lebih-lebih lagi jika seseorang itu mempunyai kredibiliti yang disegani oleh mereka yang berada dalam industri yang sama.
Begitulah peranan akronim N di dalam formula CANSLIM yang mempunyai hubung kait dengan pemilihan saham yang hendak kita laburkan.
Ketahui satu kegunaan daripada tujuh kegunaan strategi CANSLIM ini semestinya tidak memadai. Jadi dalami terlebih dahulu tentang strategi ini dan semoga strategi ini dapat membantu kita membuat pilihan saham yang tepat untuk dibeli nanti.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)