• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Harga Minyak Mentah Meningkat Susulan Tarikan Permintaan-Penawaran

in Berita
A A
Pemulihan Ketara Dalam Sektor Minyak & Gas Dijangka Pada Separuh Kedua 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) — Peningkatan harga minyak mentah ketika ini telah dijangkakan ketika sebahagian daripada negara-negara dunia menyaksikan peningkatan permintaan susulan keadaan pandemik COVID-19 yang mula mereda, kata seorang penganalisis. 

Naib Presiden bagi Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata permintaan terhadap minyak mentah dijangka kekal di atas paras US$80 (US$1 dollar =RM4.18)  setong untuk beberapa waktu dan kemungkinan mencecah paras US$90 setong dengan ketibaan musim sejuk di hemisfera utara tidak lama lagi. 

“Dengan peningkatan kadar vaksinasi dan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) di kebanyakan negara, permintaan terhadap minyak mentah mula kembali.

“Kami berpendapat sektor tenaga tempatan boleh menjadi satu lagi tumpuan utama pemulihan bagi peluang dagangan dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang,” katanya kepada Bernama. 

Harga minyak mentah melepasi US$80 setong pada Selasa yang merupakan paras tertinggi sejak Oktober 2018 di tengah-tengah krisis tenaga global, berikutan petanda permintaan mengatasi penawaran dan penurunan inventori. 

Hari ini, minyak mentah Brent melonjak 1.07 peratus kepada US$80.38 setong, manakala West Texas Intermediate meningkat 1.29 peratus kepada US$76.42 setong . 

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kurangnya pelaburan dalam sektor minyak dan gas dalam tempoh 18 bulan lepas merupakan antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan harga minyak mentah.  

“Ia dapat difahami ekoran penularan COVID-19 yang menyebabkan aktiviti ekonomi global hampir terhenti berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan,” katanya kepada Bernama. 

Bagaimanapun, ini telah mewujudkan ketidakpadanan antara peningkatan permintaan minyak mentah dan kapasiti yang tersedia untuk dikeluarkan, kata Mohd Afzanizam. 

“Itu belum lagi ditambah dengan Taufan Ida, yang memberi kesan negatif kepada kapasiti penapisan Amerika Syarikat semasa tempoh Ogos dan September. 

“Situasi yang sama juga berlaku dalam komoditi lain iaitu arang batu dan gas asli di mana harga meningkat dengan ketara. Impaknya boleh dua kali ganda,” katanya.

Baru-baru ini, Goldman Sachs mengunjurkan harga minyak mentah Brent mencecah US$90 setong sebelum akhir 2021 di tengah-tengah kekurangan bahan api yang boleh membawa kepada peningkatan tenaga global pada bulan-bulan akan datang. 

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) yang tidak dapat menampung lonjakan permintaan itu berdepan kesukaran untuk meningkatkan pengeluaran ekoran kurangnya pelaburan atau penangguhan penyenggaran akibat daripada pandemik.

— BERNAMA

Share221ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In