Saham Genetec telah membuat kenaikan lebih daripada 800% dalam masa kurang empat bulan.
Genetec Technology Berhad (Genetec) merupakan syarikat yang membekalkan peralatan automotif yang mendapat perhatian pelabur apabila harga sahamnya naik dengan sangat tinggi pada tahun 2021 ini.
Sumber :
Harga saham Genetec ini mula menunjukkan tanda kenaikan pada awal bulan Jun 2021 dan telah naik lebih daripada 800% tiga bulan selepas itu.
Sumber: CGS-CIMB
Tidak cukup dengan kenaikan daripada harga sekitar RM4.00 seunit kepada lebih RM30.00 seunit dalam masa yang singkat, pihak penganalisa pasaran pula meletakkan harga sasaran saham ini pada RM50.00 seunit.
Tapi kenapa harga saham ini naik dengan sangat tinggi dalam tempoh sekitar 3 bulan sahaja? Kenapa pihak penganalisa pasaran mensasarkan harga saham ini naik sehingga RM50.00 seunit?
Mari kita lihat empat sebab pihak CGS-CIMB meletakkan harga sasaran saham Genetec naik sehingga RM50.00 seunit.
1. Reputasi Syarikat Meningkat Dalam Industri Automasi
Genetec Technology Berhad terlibat secara khusus dalam pembangunan sistem automasi. Produk dan perkhidmatan daripada Genetec termasuk peralatan seperti hard disk dan juga peralatan rumah.
Syarikat ini mempunyai kepakaran dalam sektor automotif dan mempunyai pengalaman dalam industri ini lebih daripada 15 tahun dalam industri tersebut.
Dengan penglibatan dalam pasaran kenderaan elektrik pada tahun 2014, syarikat ini merancang untuk mengembangkan penyelesaian automasi kilang yang khusus (FAS) untuk kenderaan elektrik sejak tahun 2018.
2. Proksi Yang Menarik Dengan Peralihan Dunia kepada Tenaga Lestari
Pada pandangan pihak CGS-CIMB, syarikat Genetec berada pada masa yang tepat untuk peroleh manfaat daripada perkembangan industri kenderaan elektrik dan tempat simpanan tenaga pegun (ES) dalam industri kenderaan elektrik ini.
Berdasarkan kajian pemeriksaan pihak CGS-CIMB, syarikat Genetec mempunyai kepakaran dalam menyediakan penyelesaian automasi untuk bahagian downstream pembuatan sel bateri.
Daripada RM205 juta pesanan yang syarikat ini terima, 70% daripadanya adalah daripada sektor kenderaan elekterik dan segment bateri.
3. Perkembangan Pembuatan Kenderaan Elektrik Dunia Yang Agresif
Pihak CGS-CIMB melihat permintaan kenderaan elektrik yang semakin meningkat yang akan membawa kepada permintaan untuk automasi sel bateri juga meningkat kelak.
Contohnya, syarikat kenderaan elektrik terkemuka dunia, Tesla telah mendedahkan rancangannya untuk membina 20 juta unit kenderaan elektrik setiap tahun bermula tahun 2030.
Ini akan menyebabkan jumlah permintaan sel bateri kenderaan elektrik ini meningkat dan pengeluaran sel bateri ini juga akan bertumbuh dengan pesat sekali gus memberikan kelebihan kepada syarikat seperti Genetec.
4. Jangkaan Pendapatan Teras Syarikat Akan Terus Meningkat
Para penganalisa daripada CGS-CIMB menjangkakan pendapatan Genetec akan bertumbuh sekitar 235% untuk tiga tahun akan datang.
Ianya disebabkan oleh permintaan daripada pelanggan kenderaan elektrik dan pelanggan yang sedia ada buat ketika ini yang akan menjadikan syarikat ini beroperasi dalam kapasiti yang optimum.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……