Katakan satu hari kita buka trading platform dan lihat harga saham secara tiba-tiba bertukar mahal. Jangan panik dan jangan terkejar-kejar untuk jual kerana saham tersebut mungkin baru sahaja membuat share consolidation atau penggabungan saham.
Jom kita fahamkan dulu apa yang dimaksudkan dengan share consolidation dan apakah kesannya kepada saham.
Apa Itu Share Consolidation?
Share consolidation atau dalam Bahasa Melayunya adalah penggabungan saham. Ia adalah lawan kepada share split. Sekiranya kita pernah dengar mengenai share split, share split adalah pemecahan saham kepada beberapa unit pecahan saham. Sebagai contoh, kita ada 100 unit saham dan kemudiannya saham tersebut membuat share split.
Sebelum share split: 100 unit saham @ RM1.00
Selepas share split: 200 unit saham @ RM0.50
Nilai pegangan saham kita tetap sama.
Berbeza dengan share split, share consolidation pula menggabungkan beberapa saham dengan menggabungkan dua atau lebih unit saham menjadi satu. Jangan keliru kerana nilai saham kita sebenarnya masih sama. Ini kerana ianya adalah berasaskan nisbah.
Kita ambil contoh share consolidation dengan nisbah 1:2.
Bagi setiap 2 unit saham, ia akan bergabung menjadi 1 unit saham. Ini menyebabkan jumlah saham yang ada di pasaran akan berkurang.
Sebelum consolidation: 10,000 unit saham @ RM0.50
Selepas consolidation: 5,000 unit saham @ RM1.00
Nilai pegangan saham kita tetap sama.
Kenapa Syarikat Membuat Share Consolidation?
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa perlu saham tersebut digabungkan. Sesetengah syarikat memilih untuk menggabungkan sahamnya kerana harga semasa saham kini telah menjadi terlampau murah. Maka salah satu cara untuk menaikkan harga saham adalah dengan menggabungkan beberapa unit saham menjadi satu unit.
Bila digabungkan, harga saham ini akan diselaraskan (adjusted) dan menjadi lebih tinggi. Ini akan menyebabkan saham ini seolah-olah meningkat harganya dan menarik minat pelabur.
Contoh Vivocom Membuat Share Consolidation

Vivocom baru-baru ini telah membuat penggabungan terhadap sahamnya pada nisbah 1:10. Ini bermaksud bagi setiap 10 unit saham yang dipegang, ia akan digabungkan menjadi 1 unit saham.
Ada 2 tarikh yang penting di situ iaitu Ex-Date dan Entitlement Date.
- Ex-date adalah tarikh luput sebelum pengagihan consolidation dikira.
- Entitlement date adalah tarikh saham akan diterima.

Apakah Kesan Share Consolidation?

Dalam contoh Vivocom ini, harga saham naik dengan mendadak.
Adakah Share Consolidation Ini Baik Untuk Pelabur?
- Volume saham akan menjadi lebih ringan. Maka ia akan menjadi lebih volatile.
- Dapat menarik minat pelabur. Sebagai contoh, saham Vivocom terus naik selepas consolidation. Harga setakat 4 November 2020 telah menjadi 92 sen.
- Syarikat yang sedang mengalami kerugian pula mungkin tidak akan dapat menarik minat pelabur dan seterusnya menyebabkan harga saham turun selepas consolidation.
Icon Offshore (ICON)

Dalam contoh Icon Offshore pula, ianya berada dalam aliran sideways untuk beberapa bulan lamanya. Harga saham mula naik mendadak setelah share consolidation berlaku dan ianya bertahan untuk beberapa hari. Namun selepas itu, saham ini kembali sideways sejak bulan Februari sehingga ke hari ini.
Bagaimana Nak Tahu Akan Ada Share Consolidation?
Kita boleh semak di laman web malaysiastock.biz (Bursa Announcement) untuk berita pengumuman terkini semua syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Selain daripada itu, kita juga boleh dapati maklumat terkini di Bursa Malaysia.

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)