• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Indeks FBM KLCI Susut Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) — Indeks utama Bursa Malaysia menyusut pada akhir sesi dagangan pagi hari ini di tengah-tengah sentimen berhati-hati berikutan kebimbangan mengenai krisis hartanah di China yang melibatkan gergasi hartanah negara itu, China Evergrande Group.

Ketika dagangan berhenti rehat tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 5.04 mata kepada 1,525.40 berbanding paras penutupan Selasa iaitu 1,530.44.  

 Indeks utama yang dibuka 5.81 mata lebih rendah pada 1,524.63, berlegar antara 1,520.71 dan 1,527.65 di sepanjang sesi pagi hingga tengah hari.

Bagaimanapun, pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 439 berbalas 369 manakala 423 kaunter tidak berubah, 1,041 tidak diniagakan dan lima yang lain digantung.

Jumlah dagangan 2.16 bilion unit bernilai RM1.55 bilion.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, Rakuten Trade Sdn Bhd berpendapat pengumpulan saham akan muncul apabila harga saham menjadi murah sambil menambah FBM KLCI disokong agak baik pada paras 1,520.

“Untuk hari ini, kami menjangkakan indeks bergerak antara 1,525-1,535 sementara aliran masuk dana asing akan berterusan,” katanya.

Saham-saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank meningkat tiga sen kepada RM8.08, Petronas Chemicals menambah dua sen kepada RM7.98 dan IHH Healthcare menokok satu sen kepada RM6.61, sementara Public Bank tidak berubah pada RM4.03, Hong Leong Bank susut 10 sen kepada RM18.50 dan Axiata jatuh 13 sen kepada RM3.97. 

Bagi saham aktif, Bintai Kinden meningkat tujuh sen kepada 64 sen, Tanco naik setengah sen kepada 24.5 sen dan Opcom melonjak 12 sen kepada 93.5 sen sementara Fintec kekal pada dua sen dan Pasukhas lega setengah sen kepada tujuh sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 6.92 mata kepada 11,215.48 dan Indeks FBMT 100 lebih rendah 12.31 mata kepada 10,919.47 sementara Indeks FBM Emas Syariah naik 19.13 mata kepada 12,217.01. 

Indeks FBM 70 mengukuh 75.59 mata kepada 14,913.09 dan FBM ACE mengembang 68.44 mata kepada 7,064.06.   

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 20.85 mata kepada 6,263.97 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 125.44 mata kepada 15,128.76 sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.94 mata kepada 197.42.  

— BERNAMA

Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In