• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Pada Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia susut pada awal dagangan Selasa, seiring dengan prestasi semalaman Wall Street. 

Pada 9.06 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.93 mata atau 0.32 peratus kepada 1,522.96 daripada 1,527.89 pada akhir dagangan semalam. 

Sewaktu dibuka, indeks penanda aras berkenaan susut 3.18 mata kepada 1,524.71. 

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 447 berbanding 63 manakala 240 kaunter lain tidak berubah, 1,522 tidak diniagakan dan lima lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 294.19 juta unit bernilai RM131.66 juta.

Sementara itu Malacca Securities Sdn Bhd berkata berdasarkan prestasi negatif Wall Street, pasaran berkemungkinan menyaksikan aktiviti jualan pada awal dagangan dan disusuli dengan aktiviti membeli saham berharga rendah selepas berakhirnya tekanan jualan tersebut.

“Selain itu, langkah kerajaan membincangkan kemungkinan untuk membenarkan pelancongan rentas atau antara negeri dalam usaha pemulihan ekonomi secara berperingkat, juga berpotensi menjadi antara pemangkin yang dapat mengurangkan risiko penyusutan dalam masa terdekat,” kata firma pembrokeran itu dalam nota tinjauannya pada hari ini.

Menurutnya, kalangan pelabur juga dijangka membeli saham-saham yang menumpukan pemulihan dengan menyasarkan sektor pelancongan dan pengguna susulan perbincangan berikutnya melibatkan kemungkinan membenarkan perjalanan antara negeri zon hijau.

“Peniaga juga berkemungkinan meninjau saham-saham dengan momentum lebih kukuh dalam sektor teknologi yang melanjutkan lagi minat belian pada hari ini,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan CIMB menokok satu sen kepada RM4.81, Axiata meraih dua sen kepada RM3.97, Press Metal dan Maxis masing-masing meningkat lima sen kepada RM5.65 dan RM4.67, Maybank dan Public Bank masing-masing susut dua sen kepada RM8.28 dan RM4 manakala Petronas Chemicals untung lima sen kepada RM7.90.

Bagi saham aktif, Emico naik tiga sen kepada 57.5 sen, Impiana menokok setengah sen kepada sembilan sen, Bintai Kinden meningkat setengah sen kepada 57.5 sen, EA Holdings dan Yong Tai tidak berubah masing-masing pada dua sen dan 16 sen manakala Sanichi dan Dagang Nexchange susut setengah sen masing-masing kepada 3.5 sen dan 75.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut  47.04 mata kepada 11,158.58, Indeks FBMT 100 berkurangan 42.25 mata kepada 10,869.31, Indeks FBM Emas Shariah turun 66.05 mata kepada 12,115.39, FBM 70 berkurangan 84.85 mata kepada 14,717.30 dan FBM ACE kehilangan 75.06 mata kepada 6,931.55. 

Mengikut sektor, Indeks Perladangan merosot 1.44 mata kepada 6,239.83, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.72 mata kepada 195.93 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 30.82 mata kepada 15,203.58.

— BERNAMA

Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In