• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 16, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

5 Tips Untuk Pelabur Baru

in Asas Saham
A A
5 Tips Untuk Pelabur Baru
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Tahniah kepada anda kerana merancang untuk terlibat dalam pelaburan saham. Kejayaan masa hadapan anda bermula dengan langkah pertama pada hari ini. Kami faham anda mungkin seorang pelabur baru dan tercari-cari bagaimana hendak bermula.

Dalam artikel ini, kami berbesar hati untuk berkongsi beberapa tips penting untuk membantu anda dalam pelaburan saham. Kesemua tips ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis sepanjang penglibatan dalam pelaburan saham. 

1. Mulakan Dengan Modal Sederhana

Jika anda masih tidak mempunyai banyak pengalaman dalam pelaburan saham, seeloknya mulakan dengan modal yang sederhana. 

Meskipun topik modal ini agak subjektif bagi semua orang, modal yang dianggap bersesuaian dengan pelabur baru adalah dari RM1,000 sehingga RM5,000. Jika anda tidak berjaya menggandakan modal yang kecil, jangan cuba untuk menggunakan modal yang besar. 

Sumber: Harian Metro

Satu lagi saranan penting buat pelabur baru adalah sila guna wang lebihan sahaja sebagai modal pelaburan. Melabur menggunakan wang kecemasan akan mengganggu emosi anda dan anda terdedah kepada potensi kerugian yang tinggi.

2. Jangan Beli Saham Penny

Sumber: investopedia

Majoriti pelabur baru suka beli saham yang murah ataupun lebih dikenali sebagai penny stock. Kenapa suka saham yang murah? Ramai beranggapan modal kecil hanya boleh beli saham yang murah. 

Tanggapan tersebut silap sama sekali. Sebaliknya dalam pelaburan saham, apa yang penting adalah Return on Investment (ROI). Sekiranya anda beli saham murah, tidak semestinya anda akan mendapat pulangan yang tinggi.

Contohnya, anda membeli saham penny berharga RM0.10 sesaham. Anda mungkin boleh beli banyak saham ini kerana harganya murah tetapi saham penny kebiasaannya sangat berat dan harganya sukar untuk naik. 

Bagaimana pula sekiranya saham penny ini tadi mengalami penurunan harga? Tahukah anda saham penny yang berharga RM0.10 boleh menyebabkan anda rugi sebanyak 10% hanya dengan kejatuhan sebanyak 1 sen?

Tips kepada anda yang baru, biasakan diri anda membeli saham di atas RM1. Saham yang berharga lebih daripada  RM1 kebiasaannya lebih stabil.

3. Realistik Terhadap Pulangan Keuntungan

Pelabur yang baru terlibat dalam pelaburan saham pastinya tidak sabar untuk menikmati keuntungan pertamanya. Namun, pelabur harus tahu pulangan keuntungan juga bergantung kepada modal pelaburan anda.

Sekiranya modal anda lebih tinggi, maka pulangan anda juga lebih tinggi dan begitu juga sebaliknya.

Sebagai contoh, sekiranya modal anda adalah sebanyak RM10,000. 10% daripada modal akan memberi pulangan sebanyak RM1,000.

Manakala sekiranya modal anda hanya RM1,000, 10% daripada modal anda akan memberi pulangan sebanyak RM100. Sekiranya anda mahukan pulangan sebanyak RM1,000 daripada modal RM1,000, saham anda perlu naik sehingga 100%. 

Apa yang ingin disampaikan di sini adalah sekiranya modal anda tidak begitu besar, bersabarlah kerana masa yang diperlukan untuk mendapat pulangan yang tinggi mungkin lebih lama jika dibandingkan dengan pelabur bermodal besar.

4. Disiplin Menggunakan Trading Plan

Sebelum membeli saham, pelabur baru perlu ada trading plan. Beberapa perkara yang perlu ada dalam trading plan adalah :

  1. Harga Beli
  2. Harga Sokongan
  3. Stop Loss 
  4. Target Price

Anda wajib ikut trading plan yang anda sendiri telah buat dan jangan sesekali khianati trading plan anda. Trading plan membantu anda untuk tahu bila nak beli, bila nak jual, bila dah capai sasaran, dan bila nak jual ketika harga saham mula menurun.

5. Buat Kajian Setiap Hari

Pelabur yang rajin membuat homework, dia akan berjaya dalam pasaran saham. Satu tips kepada anda yang baru, disiplinkan diri anda untuk membuat kajian fundamental dan teknikal setiap hari. 

Tidak perlu lama pun. Anda hanya perlu 1 jam sehari untuk membuat kajian CANSLIM, membaca laporan kewangan dan mengkaji carta.

Tidak lupa juga akan berita semasa yang boleh dijadikan bahan rujukan. Berita-berita hangat boleh menjadi catalyst yang mampu menggerakkan harga sesebuah saham. 

Sumber: Journalism.org

Bukankah surat khabar kini mula beralih kepada versi digital? 

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share496ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

9 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In