• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) — Kegiatan jualan membabitkan kaunter berwajaran tinggi seperti Top Glove dan Press Metal menyaksikan dagangan di Bursa Malaysia lemah ketika mengakhiri urus niaga pagi hari ini.

Semasa dagangan berhenti rehat tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kerugian 14.39 mata kepada 1,534.12 berbanding 1,548.51 pada penutupan Jumaat minggu lepas.

Indeks utama yang dibuka 0.89 mata lebih rendah pada 1,547.62, bergerak antara 1,533.32 dan 1,547.67  pada sepanjang sesi pagi hingga tengah hari.

Pergerakan harga di pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 883 berbalas 172 manakala 338 kaunter tidak berubah, 883 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 2.71 bilion unit bernilai RM1.58 bilion.

Rakuten Trade Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya berpendapat sentimen sedemikian akan terus menjejaskan pasaran hari ini.

“Namun begitu, kami percaya kegiatan membeli semasa saham berharga murah akan muncul memandangkan negara secara beransur-ansur telah membuka kembali ekonomi selepas kes COVID-19  menunjukkan penurunan,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Top Glove turun 17 sen kepada RM2.89, Press Metal menyusut 15 sen kepada RM5.65, dan Petronas Gas lebih rendah 52 sen kepada RM16.86.

Maybank naik tiga sen kepada RM8.28, Petronas Chemicals tidak berubah pada RM7.94 dan Public Bank susut dua sen kepada RM6.68.

Bagi saham aktif, Jadi Imaging menambah setengah sen kepada 13 sen, TFP Solutions dan Sapura Energy masing-masing tidak berubah pada 22.5 sen dan lima sen, sementara Emico dan Pasukhas keduanya turun satu sen kepada 65.5 sen dan 10.5 sen dan Dagang Nexchange turun 3.5 sen kepada 76.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 122.86 mata kepada 11,242.96, Indeks FBMT 100 lebih rendah 111.75 mata pada 10,948.11, dan Indeks FBM Emas Syariah menyusut 169.65 mata kepada 12,244.49.

FBM 70 turun 186.66 mata kepada 14,820.63 sementara FBM ACE jatuh 152.18 mata kepada 7,049.04.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan berkurangan 88.43 mata kepada 6,337.99, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 2.60 mata kepada 197.01 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 54.75 mata kepada 15,235.05.

– BERNAMA

Share242ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In