• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi Jumaat dengan lebih rendah, didorong oleh aktiviti jualan ketara melibatkan saham wajaran tinggi yang didahului oleh Petronas Dagangan.

Pada waktu rehat tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.24 mata kepada 1,548.02 daripada paras 1,555.26 sewaktu ditutup pada Rabu.

Indeks utama itu yang dibuka menokok 1.09 mata kepada 1,556.35, juga bergerak dalam jajaran 1,547.04 hingga 1,556.74 sepanjang sesi dagangan tersebut.

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 583 berbanding 403 manakala 387 kaunter tidak berubah, 895 tidak diniagakan dan 10 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 2.74 bilion unit bernilai RM1.71 bilion.

Sementara itu, Rakuten Trade Sdn Bhd menjangkakan FBM KLCI bergerak sekitar paras 1,560 hingga 1,570, dipacu oleh sokongan belian dana asing yang berterusan.

“Pasaran global terbukti bergelut untuk mendapatkan momentum pada Khamis apabila Wall Street mencatat aliran penurunan kecil dalam sentimen bercampur-campur, didorong oleh kebimbangan mengenai kemungkinan pemulihan ekonomi yang lebih perlahan akibat COVID-19.

“Pelabur lebih berhati-hati dan mengambil kira data ekonomi yang ada untuk mendapatkan petunjuk sebenar mengenai prospek pendapatan syarikat-syarikat utama,” katanya dalam nota penyelidikan pada Jumaat.

Menurut firma pembrokeran itu, pasaran tempatan mendapat sokongan baik dalam wilayah sekitar 1,550 susulan aliran masuk dana asing yang berterusan.

Malah, ia menyifatkan perkembangan itu sebagai berita positif untuk ekuiti tempatan.

Sejumlah 25 daripada 30 saham komponen FBM KLCI susut manakala empat kaunter mencatat keuntungan dan satu tidak berubah.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank susut dua sen kepada RM8.27, Petronas Chemicals berkurangan tujuh sen kepada RM7.94, Press Metal Aluminium turun empat sen kepada RM5.70 manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.01.

Bagi saham aktif, KTG tidak berubah pada pada 14 sen, Emico Holdings naik 13 sen kepada 65.5 sen manakala AT Systematization turun setengah sen kepada enam sen.

Kaunter paling rugi menyaksikan Nestle turun 50 sen kepada RM134.20, Sam Engineering rugi 30 sen kepada RM14.18 dan Petronas Dagangan berkurangan 28 sen kepada RM19.50.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas kehilangan 38.85 mata kepada 11,357.00, Indeks FBMT 100 susut 36.29 mata kepada 11,049.99 dan Indeks FBM Emas Shariah menguncup 51.76 mata kepada 12,426.03.

FBM 70 sebaliknya mengukuh 10.87 mata kepada 14,969.24 manakala FBM ACE merosot 6.57 mata kepada 7,189.18.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan merosot 76.47 mata kepada 6,442.98, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menguncup 0.80 mata kepada 198.90 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 24.66 mata kepada 15,239.85.

— BERNAMA

Share217ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In