• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Catat Urus Niaga Rendah Pada Sesi Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Catat Urus Niaga Rendah Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan awal lebih rendah dengan indeks utama menyusut 0.27 peratus, diheret turun oleh kerugian dalam kaunter berwajaran tinggi yang didahului oleh Tenaga Nasional and Top Glove.

Pada jam 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 4.14 mata kepada 1,551.37 berbanding 1,555.51 pada penutupan petang Selasa,

Indeks utama dibuka 0.65 mata lebih rendah pada 1,554.86 dan bergerak antara 1,549.65 dan 1,560.56 di sepanjang sesi urus niaga.

Tenaga Nasional turun 16 sen kepada RM10.02 dan Top Glove susut sembilan sen kepada RM3.14. Kerugian di kedua-dua kaunter ini menyebabkan indeks komposit jatuh dengan gabungan 2.97 mata.

Pergerakan harga di pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 522 berbanding 382 manakala 412 kaunter tidak berubah, 952 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 2.08 bilion unit bernilai RM1.39 bilion.

Menurut Rakuten Trade, sentimen di bursa tempatan berubah menjadi berhati-hati berikutan berita mengenai pengecualian faedah untuk penerima moratorium pinjaman serta pelaksanaan cukai keuntungan luar biasa.

“Kami berpendapat aktiviti penjualan telahpun berlebihan memandangkan kesan daripada pengecualian faedah mungkin tidak begitu signifikan terhadap bank kerana ia hanya untuk suku keempat 2021.

“Walaupun perinciannya masih samar, kami percaya pemasaan bagi cukai keuntungan luar biasa ke atas syarikat sarung tangan dan perladangan mungkin akan berakhir kerana pendapatan untuk kedua-duanya meningkat pada tahun ini walaupun berlakunya penurunan dalam harga penjualan,” katanya dalam nota penyelidikannya hari ini.

Firma itu menambah indeks utama dijangka diniagakan dalam julat 1,560-1,570 hari ini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun dua sen kepada RM8.27, Public Bank tidak berubah pada RM4.00, sementara Petronas Chemicals naik lapan sen kepada RM8.00.

Bagi saham aktif, Encorp meningkat lima sen kepada 41 sen, Emico Holdings menokok 3.5 sen kepada 47.5 sen, dan KNM Group tidak berubah pada 27 sen.

Saham paling untung adalah Genetec Technology yang meningkat RM1.78 kepada RM34.98, Hong Leong Bank mengembang 34 sen kepada RM18.80 dan Kelington Group mengukuh 28 sen kepada RM1.72.

Antara saham paling kerugian pula, Vitrox dan Malaysian Pacific Industries masing-masing susut 38 sen kepada RM18.62 dan RM44.82, serta Nestle turun 30 sen kepada RM134.50.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lemah 23.05 mata kepada 11,371.75, Indeks FBMT 100 turun 24.37 mata pada 11,063.43, dan Indeks FBM Emas Syariah lebih rendah 39.71 mata kepada 12,451.33.

FBM 70 menguncup 12.92 mata kepada 14,946.50, sementara FBM ACE turun 8.95 mata kepada 7,130.34.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan jatuh 9.96 mata kepada 6,492.43, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri meningkat 1.41 mata kepada 199.35, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 35.00 mata kepada 15,234.82.

– BERNAMA

Share312ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In