• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, August 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Alami Peningkatan Selepas Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Alami Peningkatan Selepas Dibuka Rendah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia mengalami peningkatan selepas dibuka rendah pada Rabu, disokong oleh pembelian semasa harga rendah ke atas saham berwajaran tinggi terpilih didahului kaunter perkhidmatan kewangan.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran naik 2.23 mata kepada 1,557.74 daripada 1,555.51 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks utama itu dibuka 0.65 mata lebih rendah kepada 1,554.86.

Lingkungan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 165 berbanding 158 manakala 277 kaunter tidak berubah, 1,668 kaunter tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 169.04 juta unit bernilai RM84.62 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, kebimbangan mengenai kemungkinan kadar faedah dikecualikan ke atas moratorium pembayaran balik pinjaman selain cukai keuntungan luar biasa yang dijangka dikenakan, telah menakutkan pasaran.

“Bagaimanapun, kami yakin pasaran dijangka mengalami situasi ‘terlebih jual’ dalam tempoh terdekat dan aktiviti pembelian semasa harga rendah akan muncul.

“Sementara itu, kaunter perladangan serta minyak dan gas mungkin memperoleh daya tarikan susulan kenaikan harga minyak sawit mentah dan minyak mentah,” jelasnya dalam nota penyelidikan pada Rabu.

Firma pembrokeran itu turut yakin pelabur akan menumpukan sektor yang bertemakan pemulihan seperti penerbangan dan berkaitan dengan pengguna memandangkan pembukaan semula perniagaan mengikut Pelan Pemulihan Negara.

Antara saham berwajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan RHB Bank masing-masing naik satu sen kepada RM8.30, RM4.01 dan RM5.36 sementara Petronas Chemicals tidak berubah pada RM7.92 dan Tenaga Nasional turun dua sen kepada RM10.16.

Bagi kalangan saham aktif, Emico Holdings menambah 4.5 sen kepada 48.5 sen, Bintai Kinden naik 1.5 sen kepada 54.5 sen dan Techna-X meningkat setengah sen kepada 9.5 sen.

Saham paling untung ialah Hong Leong Bank yang melonjak 18 sen kepada RM18.64, Hong Leong Financial menokok 16 sen kepada RM18.46 dan Widetech menambah 12 sen kepada RM5.77.

Antara saham paling rugi, Sam Engineering yang merosot 46 sen kepada RM14.24, Gets Global turun 15 sen kepada RM1.80 dan PMB Technology susut 13 sen kepada RM7.02.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 16.71 mata kepada 11,411.51; Indeks FBMT 100 menokok 17.85 mata kepada 11,105.65 dan Indeks FBM Emas Syariah naik 8.01 mata kepada 12,499.05.

FBM 70 melonjak 31.69 mata kepada 14,991.11 sementara FBM ACE naik 0.18 mata kepada 7,139.47.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 24.70 mata kepada 6,477.69, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.02 mata kepada 197.96 serta Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 51.05 mata kepada 15,250.87.

— BERNAMA

Share228ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In