• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Catat Urus Niaga Rendah Pada Sesi Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Catat  Urus Niaga Rendah Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia mencatatkan dagangan rendah ketika mengakhiri sesi urus niaga awal hari ini dalam situasi prestasi bercampur-campur di pasaran serantau dengan kegiatan jualan kebanyakan dilihat pada kaunter berwajaran tinggi, didahului oleh Axiata dan Public Bank.

Pada rehat tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) menyusut 8.28 mata kepada 1,561.85 berbanding paras penutupan 1,570.13 pada urus niaga Isnin.

Indeks utama itu dibuka 0.58 mata lebih rendah pada 1,569.55 serta bergerak antara 1,561.20 dan 1,573.18 di sepanjang sesi pagi hingga tengah hari.

Pergerakan harga di pasaran secara menyeluruh menyaksikan sentimen negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 481 berbalas 381 manakala 457 kaunter tidak berubah, 949 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan 2.55 bilion unit bernilai RM1.35 bilion.

Axiata dan Public Bank menyeret indeks komposit turun dengan gabungan 3.05 mata.

Axiata turun enam sen kepada RM4.03 sementara Public Bank merosot empat sen kepada RM4.02.

Fraser and Neave Holdings paling kerugian, menyusut 44 sen kepada RM27.26 manakala Genetec Technology mencatatkan keuntungan dengan melonjak 42 sen kepada RM33.48.

Rakuten Trade berkata FBM KLCI masih lagi dalam mod penstabilan ekoran sentimen pasaran yang lemah dan kekurangan pemangkin pembelian.

“Tetapi kami menjangkakan beberapa kegiatan membeli saham ketika harga murah akan muncul hari ini.

“Sokongan pembelian berterusan daripada dana asing akan menyaksikan indeks penanda aras disokong dengan baik pada tahap semasa,” katanya dalam catatan hari ini.

Firma penyelidikan itu turut mengunjurkan FBM KLCI akan berlegar  antara julat 1,570-1,580 hari ini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing tidak berubah pada RM8.30 dan RM7.99, sementara Tenaga Nasional turun empat sen kepada RM10.24 dan Press Metal Aluminium naik satu sen kepada RM5.82.

Bagi kaunter aktif, Kanger International turun setengah sen kepada 5.5 sen, Avillion menambah setengah sen kepada 16 sen dan KNM tidak berubah pada 28 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menyusut 38.67 mata kepada 11,442.69, Indeks FBMT 100 berkurangan 43.71 mata pada 11,128.98, sementara Indeks FBM Emas Syariah turun 36.10 mata kepada 12,533.51.

FBM 70 menokok 0.66 mata kepada 14,999.28 manakala FBM ACE menguncup 7.70 mata kepada 7,211.41.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 50.19 mata kepada 6,530.88, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lebih tinggi sebanyak 0.20 mata kepada 200.84, sementara Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 76.52 mata kepada 15,297.03.

— BERNAMA

Share240ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In