• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Terus Menyusut Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 10 Sept  (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan trend menurunnya untuk dibuka rendah pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah pasaran-pasaran saham semalaman Amerika Syarikat.

Prestasi lesu saham di AS adalah berikutan kebimbangan yang kian memuncak mengenai penularan varian Delta COVID-19 Delta yang mungkin membantutkan pertumbuhan ekonomi, kata para peniaga.

Pada jam 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.19 mata kepada 1,575.70 berbanding 1,578.89 ketika ditutup pada petang urus niaga Khamis.

Indeks utama dibuka 2.75 mata lebih rendah pada 1,576.14.

Pergerakan harga di pasaran kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 204 berbalas 174, manakala 306 kaunter tidak berubah, 1,563 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan 409.70 juta unit bernilai RM144.65 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya, secara keseluruhan, FBM KLCI dan pasaran yang lebih luas telah merosot apabila dana asing beralih kepada penjualan bersih yang menyaksikan aliran keluar bersih berjumlah RM63.0 juta semalam.

Ia menambah kaunter sarung tangan terus menyusut di tengah-tengah kemajuan pemberian vaksin.

“Namun begitu, kami menjangkakan tema pemulihan akan tetap menjadi fokus berikutan jangkaan pembukaan kembali lebih banyak kegiatan ekonomi,” katanya.

Dari segi komoditi, harga minyak sawit mentah (MSM) dan minyak mentah merosot, sementara harga aluminium terus meningkat.

Firma broker itu berkata pelabur cenderung untuk kekal optimis dengan tema pemulihan dan memberi tumpuan kepada sektor pemulihan seperti pembinaan, bangunan, bahan, perbankan dan pengguna serta pengangkutan dan logistik.

Ia turut ambil maklum mengenai ucaptama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada Sidang Kemuncak Pemulihan Negara semalam yang mana beliau menyatakan kerajaan berhasrat  mempunyai liputan 5G di 80 peratus kawasan berpenduduk menjelang akhir 2024.

“Ini adalah baik untuk kaunter yang berkaitan dengan 5G,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing menambah tiga sen kepada RM8.29 dan RM7.88, IHH Healthcare naik 11 sen kepada RM6.72, Tenaga Nasional susut dua sen kepada RM10.24 sementara Public Bank tidak berubah pada RM4.10 .

Bagi kaunter aktif, KNM menambah satu sen kepada 27 sen, Tanco naik setengah sen kepada 24 sen, Dagang Nexchange turun satu sen kepada 72.5 sen sementara TFP Solution dan Impiana masing-masing tidak berubah 23 sen dan 9.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas jatuh 14.53 mata kepada 11,520.0, Indeks FBMT 100 turun 15.80 mata pada 11,215.87, dan Indeks FBM Emas Syariah merosot 25.55 mata kepada 12,614.99.

FBM 70 meningkat 5.87 mata kepada 15,070.36 dan FBM ACE menambah 9.30 mata kepada 7,202.86.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 20.75 mata kepada 6,632.96, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.19 mata kepada 199.76 tetapi Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 5.45 mata kepada 15,394.36.

– BERNAMA

Share219ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In