• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kerugian Bersih AirAsia Group Mengecil Kepada RM580 Juta

in Catalyst
A A
AirAsia Yakin Perniagaannya Kembali Pulih Pada Pertengahan Tahun 2021

Kredit gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) — AirAsia Group Bhd menyaksikan kerugian bersihnya mengecil kepada RM580.06 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2021 berbanding RM992.89 juta yang dicatatkan semasa tempoh yang sama tahun sebelum ini, disebabkan oleh ketiadaan kerugian membabitkan bahan api serta pertukaran wang asing.

Pendapatan melonjak kepada RM370.61 juta daripada RM142.09 juta, didorong oleh pendapatan kargo yang lebih baik, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Melalui unitnya, Teleport, hasil kumpulan syarikat penerbangan itu mula bertambah dari tahun ke tahun selepas ia secara strategik mengembangkan rangkaian kargo dalam mewujudkan kehadiran di pasaran dengan mengendalikan lebih banyak penerbangan pajakan disamping, lebih banyak perkhidmatan penghantaran.

“Meneruskan pertumbuhan momentum pendapatan suku pertama 2021, perolehan daripada pendapatan Teleport menokok tiga kali ganda berbanding suku kedua 2021,” kata AirAsia Group.

Teleport terpaksa mengurangkan margin untuk secara signifikan, berkembang pada laluan tertentu dalam penerbangan pajakan kargo bagi menguasai sebahagian pasaran dan mencapai rangkaian kargo yang konsisten serta boleh dipercayai, manakala rangkaian penumpang AirAsia dioperasikan pada tahap minimum.

Pendapatan untuk perniagaan syarikat penerbangan pada suku kedua adalah RM187.8 juta, hampir tiga kali ganda berbanding dengan tempoh yang sama sebelumnya, yang menyaksikan operasi armada kumpulan terhenti bagi sebahagian besar suku tahun akibat kesan COVID-19 pada awal 2020.

Di Malaysia, permintaan perjalanan masih dikekang susulan sekatan pergerakan dan perjalanan antara negara yang dikenakan sejak Januari 2021.

Namun, melalui pengurusan kapasiti yang ketat, AirAsia Malaysia melaporkan faktor muatan sebanyak 64 peratus pada suku kedua.

Sementara itu, melalui momentum suku pertama, AirAsia Indonesia mencapai 70 peratus kapasiti domestik pra-COVID-19 pada Mei 2021.

Bagaimanapun, perkembangan ini hanya sementara selepas ia memasuki mod hibernasi pada Julai lepas akibat jumlah kes jangkitan meningkat.

AirAsia Filipina mengalami pemulihan yang kukuh yang berterusan sehingga suku kedua dengan faktor muatan 78 peratus, mencapai faktor muatan setinggi 83 peratus menjelang Jun 2021.

Thai AirAsia melaporkan pendapatan yang lebih rendah sebanyak 1.08 bilion baht berbanding 2.22 bilion baht pada suku kedua 2020 disebabkan ketiadaan keuntungan pertukaran asing sebanyak 1.81 bilion yang diiktiraf dalam pendapatan.

Tidak termasuk keuntungan daripada pertukaran wang asing, pendapatan daripada penjualan dan perkhidmatan melonjak kepada 983.2 juta baht semasa suku kedua disebabkan oleh dasar yang lebih rendah susulan hibernasi armada pada April 2020.

Prestasi Thai AirAsia tetap lemah berikutan faktor luaran seperti wabak COVID-19 domestik yang lebih teruk daripada yang dijangkakan, termasuk gelombang jangkitan baharu yang dikesan pada April 2021.

“Dengan sekatan perjalanan masih dilaksanakan di majoriti entiti operasi kami, kumpulan ini kekal mengurus kapasiti secara aktif dan akan terus memastikan pembakaran tunai berada di tahap terendah disamping mengadakan langkah pengoptimuman kos.

“Kami tetap fokus dan komited untuk memperkukuhkan lagi kedudukan domestik kami pada masa ini sementara kami menunggu perkembangan perjalanan udara antarabangsa,” katanya.

Bercakap mengenai prospek, AirAsia Group berharap untuk menyaksikan “peningkatan kestabilan dalam operasi kami selepas usaha vaksinasi terus dilancarkan secara berperingkat di semua pasaran utama, ditambah dengan pendidikan dan ujian yang lebih baik termasuk sokongan yang kukuh untuk perjalanan santai di antara negara dan wilayah berisiko rendah serta pengenalan pasport kesihatan digital antarabangsa.”

— BERNAMA

Share254ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In