• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Dagangan Di Bursa Malaysia Susut Dengan Ketara Pada Sesi Urus Niaga Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi awal dagangan hari ini teramat rendah berikutan kegiatan pengambilan untung secara menyeluruh di pasaran tempatan.

Pada jam 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 13.32 mata kepada 1,584.31 berbanding 1,597.63 ketika penutupan petang Rabu.

Selepas dibuka 5.45 mata lebih rendah pada 1,592.18, indeks FBM KLCI bergerak antara 1,582.87 dan 1,592.74 di sepanjang urus niaga pagi hingga tengah hari.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung 657 berbalas 289 manakala 416 kaunter tidak berubah, 857 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 2.28 bilion unit bernilai RM1.36 bilion.

Seorang peniaga berkata, Bursa Malaysia berada dalam zon negatif pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi saham global semalaman yang tidak menentu di tengah-tengah jangkaan para pelabur mengenai pelonggaran langkah-langkah rangsangan COVID-19 oleh bank-bank pusat.

Pedagang ActivTrades Anderson Alves berkata ekuiti Asia diniagakan dengan berhati-hati pada hari Khamis, berikutan aktiviti penjualan ekuiti di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah di tengah kegelisahan pertumbuhan global, retorik pengurangan rangsangan oleh Rizab Persekutuan AS baru-baru dan sekatan di China yang masih berlangsung.

Di pasaran serantau, Nikkei 225 Jepun menyusut 0.78 peratus kepada 29,945.39, Indeks Hang Seng Hong Kong turun 1.6 peratus menjadi 25,898.67, Kospi Korea Selatan jatuh 1.3 peratus kepada 3,121.98, sementara Indeks Straits Times Singapura naik 0.14 peratus kepada 3,073.19.

Bagi pasaran tempatan pula, saham berwajaran tinggi Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing susut satu sen kepada RM8.30 dan RM8.08 manakala Public Bank turun empat sen kepada RM4.11,

IHH Healthcare meningkat 27 sen kepada RM6.67 sementara Tenaga Nasional tidak berubah pada RM10.30.

Bagi kaunter aktif, Kanger dan KNM masing-masing turun setengah sen pada 5.5 sen dan 26 sen, sementara JOE Holding, Focus Dynamics dan AT Systematizations tidak berubah, masing-masing pada lima sen, 5.5 sen dan 5.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas jatuh 99.24 mata kepada 11,566.06, Indeks FBMT 100 turun 100.37 mata pada 11,264.08 sementara Indeks FBM Emas Syariah susut 111.46 mata kepada 12,676.87.

FBM 70 merosot 156.43 mata kepada 15,084.09 dan FBM ACE berkurangan 43.23 mata kepada 7,208.85.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 44.44 mata kepada 6,684.11, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 108.77 mata kepada 15,417.67, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri susut 0.82 mata kepada 201.79.

– BERNAMA

Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In