KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Kelington Group Bhd, Kelington Engineering (S) Pte Ltd telah dianugerahkan kontrak tambahan bernilai RM49 juta untuk menjalankan kerja-kerja pengagihan sistem gas pukal bagi kilang fabrikasi semikonduktor baharu milik sebuah syarikat global di Singapura.
Kontrak itu akan bermula September 2021 dan dijangka siap pada Mei 2023.
“Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Kelington bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2021 dan 31 Dis, 2022,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
— BERNAMA




