• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Susut Sedikit Pada Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Susut Sedikit Pada Awal Dagangan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia mencatat penyusutan kecil pada awal dagangan Rabu, menjejaki prestasi semalaman saham-saham Amerika Syarikat (AS) berikutan kebimbangan berterusan mengenai impak varian Delta ke atas pemulihan ekonomi.

Harga bon kerajaan turut jatuh di AS dan Eropah dan pengukuhan dolar AS menjelang mesyuarat bank-bank pusat juga mungkin menandakan permulaan untuk menamatkan rangsangan monetari pada era krisis, kata peniaga.

Pada 9.07 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.06 mata kepada 1,583.42 daripada 1,583.48 yang dicatatkan pada akhir dagangan Selasa.

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 228 berbanding 196 manakala 323 kaunter tidak berubah, 1,490 tidak didagangkan dan 25 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 345.85 juta unit bernilai RM132.66 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya berkata dagangan di bursa tempatan itu berkemungkinan mendatar berikutan aktiviti pengambilan untung di pasaran lebih meluas.

Bagaimanapun, katanya, sentimen optimis pemulihan ekonomi apabila lebih banyak sektor dibenarkan beroperasi semula menjelang peralihan ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), dijangkakan dapat menampung sebarang risiko penurunan pasaran kerana dilihat mampu menarik sokongan belian asing.

Firma pembrokeran itu berkata harga minyak sawit mentah (MSM) juga semakin meningkat manakala harga minyak mentah pula mencatat prestasi sebaliknya.

Para pelabur pula, katanya, berkemungkinan kekal optimis terhadap pemulihan sektor dan dilihat lebih memilih saham-saham perbankan, pengguna, pembinaan, hartanah, perladangan dan stok bahan binaan.

“Malah, kaunter berkaitan keluli dan aluminium mungkin lebih ketara berikutan harga aluminium yang kekal tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan IHH Healthcare masing-masing naik satu sen kepada RM8.28 dan RM6.31, Petronas Chemicals untung lima sen kepada RM8.13, Tenaga Nasional susut empat sen kepada RM10.30 manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.10.

Bagi saham aktif, PUC meraih tiga sen kepada 19.5 sen, JAKS Resources menambah satu sen kepada 52.5 sen, KNM dan GIIB masing-masing naik setengah sen kepada 32 sen dan 7.5 sen manakala Kanger International tidak berubah pada 5.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 2.54 mata kepada 11,597.82, Indeks FBMT 100 turun 3.04 mata kepada 11,283.24 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 16.0 mata kepada 12,695.89.

FBM 70 susut 14.37 mata kepada 15,209.31 dan FBM ACE merosot 21.56 mata kepada 7,338.74.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 17.97 mata kepada 6,639.23, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.53 mata kepada 201.81 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 22.19 mata kepada 15,460.27.

— BERNAMA

Share211ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In