• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Rabu dengan lebih rendah berikutan aktiviti jualan membabitkan saham wajaran tinggi terpilih, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.27 mata kepada 1,581.21 daripada 1,583.48 pada akhir dagangan Selasa.

Selepas dibuka susut 1.76 mata kepada 1,581.72, FBM KLCI bergerak dalam jajaran 1,580.67 hingga 1,586.71 pada sesi awal hari ini.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 637 berbanding 316 manakala  430 kaunter lain tidak berubah, 854 tidak diniagakan dan 25 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 3.57 bilion unit bernilai RM1.55 billion.

Seorang peniaga berkata Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada hari ini namun bertukar turun naik dan menjejaki prestasi pasaran serantau lainnya.

Peniaga ActivTrades Anderson Alves berkata ekuiti Asia lebih lemah pada Rabu berikutan petunjuk negatif Wall Street dalam keadaan sektor kitaran, peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan penjualan Bitcoin yang susut.

“Beberapa tanda-tanda potensi kemungkinan berlakunya kemerosotan ekonomi AS mula kelihatan dan pastinya perkembangan ini akan diikuti rapat oleh penggiat pasaran di Asia,” katanya.

Laporan terbaharu menunjukkan Senator AS Joe Manchin telah membantah pelan rangsangan bernilai RM3.5 trilion yang dicadangkan oleh Presiden Joe Biden dan dilihat akan memburukkan lagi cabaran ekonomi negara maju itu.

Ini termasuk menyebabkan pasaran terpaksa menyemak semula pertumbuhan serta jangkaan sokongan fiskalnya bagi bulan-bulan akan datang.

Di peringkat China, beliau berkata sektor perbankan negara itu diunjur terjejas berikutan isu seperti bank perdagangan China yang belum menubuhkan anak syarikat pengurusan kekayaan mungkin tidak dibenarkan menambah perkhidmatan pengurusan berkaitan yang baharu.

Menurutnya, ini berikutan tindakan pegawai China yang dilihat cuba mengehadkan risiko kewangan daripada sektor berkenaan.

Pasaran serantau menyaksikan Indeks Hang Seng Hong Kong susut 0.61 peratus kepada 26,217.38, Indeks Straits Times Singapura turun 0.72 peratus kepada 3,086.06, Kospi Korea Selatan merosot 0.92 peratus kepada 3,158.18 manakala Nikkei Jepun 225 naik 0.31 peratus kepada 30,009.08.

Di peringkat tempatan, saham wajaran tinggi terpilih Maybank menambah empat sen kepada RM8.31, Petronas Chemicals naik lima sen kepada RM8.10 dan IHH Healthcare menokok lapan sen kepada RM6.38.

Tenaga Nasional rugi enam sen kepada RM10.28 dan Public Bank tidak berubah pada RM4.10.

Bagi saham aktif, KNM susut lima sen kepada 26.5 sen, Fintec dan JAKS Resources masing-masing naik setengah sen kepada 2.5 sen dan 52 sen, PUC meningkat 1.5 sen kepada 18 sen manakala Metronic tidak berubah pada 3.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas susut 24.97 mata kepada 11,575.39, Indeks FBMT 100 turun 18.67 mata pada 11,267.61 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 43.28 mata kepada 12,668.61.

FBM 70 pula turun 34,01 mata kepada 15,188.67 manakala FBM ACE berkuranga 91.82 mata kepada 7,268.48.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 19.31 mata kepada 6,640.57, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 29.59 mata kepada 15,467.67 namun Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.25 mata kepada 201.03.

— BERNAMA

Share228ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In