Saham apa yang paling rugi bulan Ogos 2021? Sebelum itu, kita lihat terlebih dahulu apa yang terjadi pada indeks FBM KLCI.
Sumber :
FBM KLCI dibuka pada 1,497.39 pada awal bulan Ogos 2021 dan ditutup pada 1,601.38 mata pada 30 Ogos 2021.
Selepas membuat downtrend sejak bulan Disember 2020, akhirnya indeks FBM KLCI memecahkan downtrend line tersebut. Dana asing turut dilihat kembali ke dalam pasaran saham tempatan pada penghujung bulan Ogos 2021.
Senarai di bawah merupakan 10 saham patuh syariah paling rugi bulan Ogos 2021.
Sumber: Majalah Labur
Daripada 10 saham tersebut, kami akan kupaskan 3 saham daripada sektor yang berbeza. Saham tersebut adalah :
- BCM Alliance Berhad (Sektor Perkhidmatan & Produk Industri)
- Saudee Group Berhad (Sektor Perkhidmatan & Produk Pengguna)
- Multi-Usage Holdings Berhad (Sektor Hartanah)
1. BCM Alliance Berhad
Ulasan Mengenai Saham BCMALL
- BCMALL mempamerkan prestasi kewangan yang kurang baik pada suku kedua 2021. Sebelum ini, BCMALL konsisten membuat keuntungan bersih setiap suku.
Sumber: malaysiastock.biz
- Prestasi suku kedua ini sedikit sebanyak memberi impak kepada kejatuhan harga saham BCMALL. Saham syarikat turut jatuh setelah prestasi kewangan suku kedua dilaporkan.
- Kejatuhan harga saham BCMALL dengan teruk berlaku pada 25 Ogos 2021 sehingga paras sokongan turut dipatahkan pada hari tersebut.
- Pada hari tersebut juga, Sanichi Technology Berhad menjual sebanyak 11.97 juta unit saham BCMALL.
Sumber: malaysiastock.biz
- Harga saham BCMALL kini telah berada di sekitar RM0.06 dan sedang berlegar-legar di paras support yang baru.
Sumber :
2. Saudee Group Berhad
Syarikat Saudee Group ditubuhkan pada tahun 1985 dengan mempunyai dua anak syarikat iaitu Perusahaan Saudee Sdn Bhd dan Cold Storage Sdn Bhd. Setakat ini, Saudee merupakan antara pengeluar makanan sejuk beku terbesar di Malaysia.
Saudee Group boleh berbangga dengan dua jenama produk sejuk bekunya yang boleh dijumpai di outlet seluruh negara. Dua jenama tersebut adalah Saudi Gold dan Farm’s Gold.
Sumber: Saudee
Ulasan Mengenai Saham SAUDEE
- Saudee mengalami kerugian yang teruk sepanjang tahun 2020 dipercayai terkesan dengan pandemik Covid-19. Pada tahun 2021, Saudee telah kembali mencatatkan keuntungan tetapi belum cukup untuk menampung kerugian yang dialami tahun sebelumnya.
Sumber: malaysiastock.biz
- Kali terakhir Saudee memberi dividen pula adalah pada tahun 2011. Jika anda membeli saham dengan niat untuk mendapatkan dividen, saham ini bukanlah saham yang sesuai untuk anda.
- Antara sebab kejatuhan Saudee adalah disebabkan oleh tekanan jualan yang tinggi bermula bulan Julai 2021 sehingga Ogos 2021.
Sumber :
3. Multi-Usage Holdings Berhad
Multi-Usage Holdings Berhad merupakan sebuah syarikat di bawah sektor hartanah. MUH mempunyai beberapa bahagian iaitu :
- Pembangunan Hartanah
- Kerja-Kerja Pembinaan
- Pembuatan Produk Simen
- Perdagangan
- Lain-Lain
Sumber: MUH
Ulasan Mengenai Saham MUH
- Saham MUH adalah sangat ringan kerana saham yang terapung adalah hanya 56.42 juta unit.
- Dari sudut prestasi suku tahunan pula, MUH mencatatkan kebangkitan luar biasa bermula suku pertama 2021 dan terus merekodkan kenaikan keuntungan bersih sehingga kini.
Sumber: malaysiastock.biz
- Namun jumlah unit saham yang ringan juga membuatkan harga saham MUH sangat volatile. Ini menyebabkan harga saham MUH turun dengan mudah pada bulan Ogos setelah dilepaskan penjual.
- Prestasi suku tahunan yang dicatatkan MUH telah menyebabkan harga saham MUH menaik pada bulan Julai namun setelah itu berlaku pengambilan untung oleh pelabur.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM




![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)