• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sedikit Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) — Dagangan di Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pagi ini seiring dengan prestasi bursa serantau yang meneruskan kerancakan semalam apabila para pelabur berpandangan bahawa laporan pekerjaan AS yang lemah adalah sesuatu yang positif untuk pasaran.

Data itu memungkinkan Rizab Persekutuan perlu menangguhkan pengurangan langkah rangsangan dan ini telah membantu pasaran, kata para peniaga.

Pada jam 9.06 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.87 mata kepada 1,583.46 berbanding 1,581.59 pada penutupan Isnin.

Indeks utama dibuka 0.16 mata lebih tinggi pada 1,581.75.

Pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 260 berbalas 129, manakala 326 kaunter tidak berubah, 1,512 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 278.93 juta unit bernilai RM109.51 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, perbincangan yang sedang berlangsung mengenai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) sebagai persediaan memasuki fasa endemik COVID-19, ditambah dengan penurunan jangkitan harian mungkin dapat mendorong saham bertemakan pemulihan secara menyeluruh.

Bagi harga komoditi pula – minyak sawit mentah (MSM) terus meningkat, begitu juga dengan harga  aluminium berikutan kebimbangan mengenai bekalan bahan mentah di tengah-tengah situasi rampasan kuasa di Guinea, pembekal bauksit utama.

“Dengan jangkitan harian COVID-19 menyusut ke tahap terendah dalam tempoh 28 hari, kami percaya tumpuan akan kekal pada saham bertemakan pemulihan seperti perbankan, pengguna, pembinaan dan hartanah.

“Selain itu, kaunter bahan binaan mungkin mendapat daya tarikan berikutan harga aluminium yang lebih tinggi. Sementara itu, kaunter perladangan dijangka menarik minat pelabur dalam situasi harga MSM yang lebih tinggi,” tambahnya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM8.34, Petronas Chemicals menambah tiga sen kepada RM8.13, Tenaga Nasional susut empat sen kepada RM10.30 sementara Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM4.09 dan RM6.35 .

Bagi kaunter aktif, KNM meningkat 1.5 sen kepada 30.5 sen, GIIB Holdings naik 4.5 sen kepada lima sen, TFP Solution untung satu sen kepada 24 sen sementara Hubline dan Lambo masing-masing tidak berubah pada empat sen dan 14 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 13.60 mata kepada 11,594.45, Indeks FBMT 100 naik 13.90 mata pada 11,286.38, dan Indeks FBM Emas Syariah menambah 18.60 mata kepada 12,693.55.

FBM 70 meningkat 20.83 mata kepada 15,224.58 sementara FBM ACE naik 42.30 mata kepada 7,317.88.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan lebih tinggi 7.29 mata kepada 6,633.0, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.80 mata kepada 200.91 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 12.24 mata kepada 15,488.46.

– BERNAMA

Share211ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In