• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Terbitan Hak ICULS YB Ventures Terlebih Langgan 46.6 Peratus, Kumpul RM48.4 Juta Untuk Naik Taraf

in Catalyst
A A
Terbitan Hak ICULS YB Ventures Terlebih Langgan 46.6 Peratus, Kumpul RM48.4 Juta Untuk Naik Taraf

Sumber Gambar: NST

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) — YB Ventures Bhd, yang sebelum ini dikenali sebagai Yi-Lai Bhd,  mengumumkan terbitan hak saham pinjaman tidak bercagar boleh tukar tidak boleh ditebus (ICULS) pada harga empat sen sesaham telah terlebih langganan sebanyak 46.6 peratus.

Syarikat pengeluar jubin dan teknologi maklumat itu berkata sebanyak 1.21 bilion ICULS, dengan nama saham YB-LA (kod saham: 5048LA) dijangka disenaraikan dan disebut harga di Pasaran Utama Bursa Securities pada 10 September 2021.

YB Ventures berkata kumpulan akan mengumpulkan lebih kurang RM48.4 juta, melebihi langganan minimum RM7.5 juta, dengan lebih daripada 90 peratus hasil yang diperoleh digunakan untuk menaik taraf barisan pengeluaran yang ada dan untuk membina empat barisan pengeluaran baharu.

Pengarah Eksekutif Datuk Au Yee Boon berkata sambutan luar biasa itu merupakan petunjuk yang menggalakkan oleh pemegang kepentingan mengenai fundamental perniagaan dan prospek masa depan kumpulan itu, serta kemampuannya untuk terus mengembangkan penguasaan pasaran dan pendapatan.

“YB Ventures berusaha untuk mengembangkan kapasiti pengeluarannya dan memanfaatkan pemulihan pasaran operasinya. Hampir RM49 juta yang diperoleh daripada penerbitan ICULS akan memberikan sokongan yang mencukupi untuk mencapai objektif ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Harga untuk menukar setiap ICULS ditetapkan pada RM0.48 bagi ditukarkan kepada setiap saham baharu YB Ventures, dalam tempoh lima tahun dari tarikh penerbitan ICULS.

Pemegang saham yang ingin menukar ICULS boleh memilih untuk menambah RM0.44 bagi menukar (RM0.48 – RM0.04 harga terbitan ICULS), atau menyerahkan 12 ICULS untuk satu saham baharu YB Ventures.

Pada masa depan, Au yakin YB Ventures akan menerima manfaat langsung hasil daripada pemulihan ekonomi secara berperingkat dan sektor hartanah yang dijangka pulih pada 2022.

— BERNAMA

Share251ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In