• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pagi ini walaupun prestasi di Wall Street agak mendatar pada Jumaat minggu lepas selain daripada hasil Perbendaharaan AS yang lemah.

Para pelabur masih lagi mencerna laporan pekerjaan AS yang lebih rendah daripada jangkaan untuk ekonomi terbesar dunia itu dengan hanya penambahan 235,000 pekerjaan pada bulan Ogos, jauh lebih rendah daripada peningkatan 720,000 yang diunjurkan sebelum ini.

Pada jam 9.22 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.55 mata kepada 1,589.74 berbanding penutupan Jumaat minggu lepas pada 1,589.19

Indeks utama dibuka 1.48 mata lebih tinggi pada 1,590.67.

Pergerakan harga di pasaran masih positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 328 berbalas 262 manakala 362 kaunter tidak berubah, 1,286 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 721.03 juta unit bernilai RM335.99 juta.

Kenanga Research menyatakan pada minggu lepas, indeks utama FBM KLCI bergerak dari setinggi 1,605 pada Rabu ke paras terendah 1,580 pada Jumaat sebelum mengakhiri urus niaga pada 1,589, sedikit berubah daripada penutupan minggu sebelumnya iaitu 1,590.

Dari perspektif teknikal, selepas melonjak 99.4 mata atau 6.7 peratus dalam tempoh empat minggu, indeks komposit itu mungkin akan memperluas corak penstabilannya dengan menjuruskan kepada sedikit penurunan dalam bergerak ke hadapan, katanya.

Sementara menurut Malacca Securities Sdn Bhd pula, para pelabur mungkin menantikan data kadar pengangguran Malaysia dan keputusan Bank Negara mengenai kadar faedah yang akan dikeluarkan pada hari Khamis.

“Dalam pada itu, harga minyak sawit mentah (MSM) meneruskan peningkatannya untuk ditutup melepasi paras RM4,300, harga emas mengukuh sementara harga minyak mentah pula menurun.

Bagi sektor fokus pula, ia berkata dengan harga MSM terus bertahan di atas paras RM4,300, pelabur boleh membuat pegangan dalam kaunter perladangan.

“Selain itu, minat perdagangan dalam sektor tema pemulihan seperti perbankan, pembinaan, bahan bangunan dan pengguna serta pengangkutan dan logistik akan kekal seiring dengan kemajuan vaksinasi yang sedang berlangsung,” tambahnya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi pasaran, Maybank naik tiga sen kepada RM8.39, Petronas Chemicals menambah dua sen kepada RM8.26, IHH Healthcare meningkat lima sen kepada RM6.38, manakala Public Bank dan Tenaga Nasional masing-masing susut dua sen kepada RM4,11 dan RM10.34.

Bagi saham aktif, Emico naik 10 sen kepada 47 sen, Vortex, Avillion dan KNM masing-masing menokok setengah sen kepada 8.5 sen, 13.5 sen dan 28 sen, sementara Bina Puri tidak berubah pada enam sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas untung 11.25 mata kepada 11,606.23, Indeks FBMT 100 meningkat 8.48 mata pada 11,301.47, dan Indeks FBM Emas Syariah naik 15.24 mata kepada 12,709.99.

FBM 70 meningkat 32.70 mata kepada 15,132.95 sementara FBM ACE merosot 49.34 mata kepada 7,202.44.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 3.53 mata kepada 6,703.22, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.92 mata kepada 200.84 tetapi Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 11.02 mata kepada 15,525.75.

— BERNAMA

Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In