• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, August 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) — Dagangan di Bursa Malaysia kekal dalam zon negatif ketika mengakhiri sesi urus niaga pagi ini, terjejas oleh tekanan jualan yang membabitkan kaunter berwajaran tinggi, kata para peniaga.

Pada jam 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 0.66 peratus atau 10.53 mata kepada 1,578.66 berbanding 1,589.19 pada penutupan Jumaat lepas.

Indeks utama dibuka 1.48 mata lebih tinggi pada 1,590.67 dan bergerak antara 1,578.35 dan 1,592.16 sepanjang sesi urus niaga pagi.

Pergerakan pasaran secara menyeluruh bagaimanapun menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 472 berbalas 466 manakala 420 kaunter tidak berubah, 880 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 2.61 bilion unit bernilai RM1.52 bilion.

Seorang peniaga berkata prestasi pasaran ekuiti tempatan mengetepikan trend menaik di kebanyakan pasaran serantau.

Saham-saham Asia sebahagian besarnya meningkat pada pagi Isnin, didorong oleh kerancakan pasaran saham Jepun di tengah-tengah berita mengenai peletakan jawatan perdana menteri Jepun, Yoshihide Suga. Bertia ini telah meningkatkan harapan bahawa pandemik COVID-19 di negara berkenaan dapat diuruskan dengan lebih baik oleh penggantinya.

Namun, para pelabur tetap berhati-hati apabila laporan pekerjaan Amerika Syarikat pada Jumaat lepas menunjukkan data yang jauh lebih lemah daripada jangkaan serta implikasinya terhadap ekonomi terbesar di dunia itu.

Prestasi bursa serantau menyaksikan Indeks Straits Times Singapura naik 0.29 peratus kepada 3,092.73, Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 0.51 peratus kepada 26,034.11, dan Nikkei 225 Jepun menokok 1.84 peratus kepada 29,664.79.

Bagaimanapun, Kospi Korea Selatan susut 0.04 peratus kepada 3,199,91.

Di pasaran serantau pula, saham berwajaran tinggi Maybank turun empat sen kepada RM8.32, Public Bank susut lima sen kepada RM4.08, Petronas Chemicals turun sembilan sen kepada RM8.15, Tenaga Nasional turun 10 sen kepada RM10.26, sementara IHH Healthcare naik lima sen hingga RM6.38.

Bagi saham aktif, Emico meningkat 9.5 sen kepada 46.5 sen, KNM naik 1.5 sen kepada 30 sen dan XOX lebih tinggi sebanyak satu sen kepada 4.5 sen.

Bina Puri turun setengah sen kepada 5.5 sen, sementara Avillion tidak berubah pada 13 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 36.0 mata kepada 11,558.98, Indeks FBMT 100 susut 40.8 mata pada 11,252.19, dan Indeks FBM Emas Syariah merosot 35.07 mata kepada 12,659.68.

FBM ACE merosot 4.20 mata kepada 7,247.58, sementara FBM 70 meningkat 78.30 mata kepada 15,178.55.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 77.46 mata kepada 6,622.23, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 82.82 mata kepada 15,453.95 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri lega 0.28 mata kepada 199.64.

– BERNAMA

Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In