Apa cara terbaik untuk rekod transaksi pelaburan saham kita?
Dalam pelaburan saham, ianya tidak berakhir apabila seseorang pelabur itu melepaskan pegangan saham mereka sahaja. Namun ianya lebih daripada sekadar jual dan beli. Catatan semua transaksi pelaburan saham kita juga sangat penting.
Catatan atau rekod transaksi pembelian saham ini adalah satu perkara yang sangat penting tetapi ramai pelabur mengabaikannya.
Sumber: iStock
Rekod semua transaksi ini juga dikenali sebagai trading journal dan tak susah pun nak buat sebenarnya.
Trading journal ini sangat bermanfaat dan mempunyai pelbagai kebaikan kepada pelabur, antaranya adalah seperti:-
- Mempunyai catatan lengkap dan terperinci transaksi pelaburan
- Digunakan untuk menilai strategi pelaburan
- Belajar daripada kesilapan lampau
Banyak lagi kelebihan yang ada jika seorang pelabur mempunyai trading journal ini. Tetapi artikel kali ini akan fokus kepada cara membuat trading journal yang lengkap dan mudah supaya pembaca boleh membuatnya sendiri selepas membaca artikel ini.
Mari kita lihat cara untuk buat trading journal ini dengan lengkap dan mudah.
Cara Buat Trading Journal Step By Step
Dalam trading journal ini, ianya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian transaksi belian, bahagian transaksi jualan dan juga bahagian Return on Investment (ROI).
Dua bahagian ini perlu diasingkan supaya setiap maklumat dapat dicatatkan dengan sempurna dan lebih tersusun.
Untuk setiap bahagian ini pula, ada beberapa maklumat penting yang perlu diletakkan seperti:-
- Tarikh pembelian
- Nama kaunter
- Sebab pembelian
- Harga seunit pembelian
- Jumlah pembelian
- Kos yang terlibat
- Kos keseluruhan
Semua maklumat ini perlu ada dalam trading journal seorang pelabur untuk merekodkan transaksi pelaburan mereka dengan lebih terperinci.
Trading journal yang lengkap untuk bahagian transaksi belian akan kelihatan seperti jadual di atas. Anda boleh tambah atau kurangkan column yang anda mahu.
Contohnya anda boleh tambah ruangan seperti teknik atau strategi belian dan juga jangkaan durasi pegangan. Dengan menambah beberapa komponen lain ini juga akan menjadikan trading journal anda lebih daripada sekadar trading journal.
Anda juga boleh menggabungkan column brokerage fee, setem duti dan tax dalam satu ruangan sahaja. Namun ianya akan menyebabkan kos yang terlibat menjadi tidak terperinci.
Untuk bahagian jualan, perkara yang sama perlu dilakukan dan hanya perlu menukar sedikit sahaja di bahagian jualan ini.
Di bahagian jualan ini, anda hanya hanya perlu menukar sebab belian kepada sebab jualan, jumlah belian kepada jumlah jualan dan kos keseluruhan kepada nilai bersih jualan sahaja.
Column nama saham juga sebenarnya tidak diperlukan di bahagian jualan, ini kerana biasanya kita akan gabungkan dua bahagian belian dan jualan ini nanti.
Apabila digabungkan ianya akan jadi seperti jadual di atas. Namun trading journal ini masih belum lengkap sebenarnya. Untuk melengkapkan trading journal ini, kita boleh masukkan column Return On Investment (ROI) dalam bentuk Ringgit Malaysia dan juga dalam bentuk peratus.
Jadual di atas merupakan antara trading journal yang lengkap dan boleh dijadikan panduan kepada pelabur untuk membuat sendiri.
Trading journal ini sebenarnya lebih mudah dibuat menggunakan Microsoft Excel kerana anda boleh menetapkan formula mudah pada ruangan yang tertentu.
Selepas mempunyai trading journal ini, mudahlah untuk pelabur mencatatkan setiap transaksi yang berlaku secara terperinci dan melihat balik strategi yang pernah dilakukan sebelum ini dan merancang strategi pelaburan akan datang.
Baca: Mana Lagi Untung, Saham Murah Atau Saham Mahal?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)