• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-Campur Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia mencatat prestasi bercampur-campur pada tengah hari Jumaat berbanding peningkatan pada awal dagangan, dijejaskan oleh aktiviti pengambilan untung saham wajaran tinggi terpilih walaupun sentimen pasaran serantau adalah positif, kata peniaga.

Setakat 12.30 tengah hari ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.02 peratus atau 0.24 mata kepada 1,581.95 daripada 1,582.19 pada akhir dagangan Khamis.

Indeks itu dibuka menokok 2.98 mata kepada 1,585.17 dan bergerak dalam jajaran 1,579.94 hingga 1,588.29 sepanjang sesi dagangan pagi. 

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 469 berbanding 396 manakala 467 kaunter tidak berubah, 896 tidak didagangkan dan 17 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 2.21 bilion unit bernilai RM1.29 bilion.

Dalam pada itu, Rakuten Trade menerusi nota penyelidikannya berkata pembetulan berterusan FBM KLCI semalam masih disifatkan sebagai positif manakala sentimen hari ini dijangka dipacu oleh laporan media mengenai prospek kelonggaran sektor pelancongan.

“Oleh itu, kami berpendapat indeks itu akan kembali stabil pada masa akan datang berikutan kemasukan semula aliran dana asing. Bagi hari ini, kami melihat trend indeks tersebut berada dalam jajaran 1,580-1,590,” katanya.

Firma pembrokeran itu berkata indeks utama di Wall Street kembali meningkat susulan laporan tuntutan pengangguran lebih rendah yang menyaksikan Nasdaq dan S&P 500 sekali lagi mencecah paras tertinggi pada akhir dagangan semalam.

“Indeks Purata Perindustrian Dow Jones meraih 131 mata yang menghampiri paras 35,500. Bagaimanapun, semua mata akan tertumpu kepada pengumuman data penting pekerjaan Amerika Syarikat (AS) hari ini kerana ia akan menentukan keputusan seterusnya Rizab Persekutuan AS mengenai dasar kewangan,” katanya.

Di peringkat tempatan, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank untung lima sen kepada RM8.32, Public Bank menokok dua sen kepada RM4.09, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM8.29 dan RM6.36 manakala Tenaga Nasional susut empat sen kepada RM10.34.

Bagi saham aktif, KNM Group dan Avillion masing-masing meningkat satu sen kepada 28.5 sen dan 13.5 sen manakala Sapura Energy meraih setengah sen kepada 12.5 sen dan Serba Dinamik berkurangan setengah sen kepada 40.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 15.78 mata kepada 11,549.20, Indeks FBMT 100 menokok 10.72 mata kepada 11,248.70 namun Indeks FBM Emas Syariah susut 3.14 mata kepada 12,654.22.

FBM 70 pula menokok 62.91 mata kepada 15,068.99 manakala FBM ACE turun 24.99 mata kepada 7,192.60.   

Selain itu, mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 18.43 mata kepada 6,670.12, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.05 mata kepada 199.58 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 66.36 mata kepada 15,391.70.

— BERNAMA

Share261ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In