• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan di kaunter produk perindustrian dan perkhidmatan yang terpilih serta pengangkutan dan logistik dalam persekitaran sentimen pasaran serantau yang bercampur-campur, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot sebanyak 0.24 peratus atau 3.73 mata kepada 1,583.05 daripada 1,586.89 semasa ditutup pada Rabu.   

Indeks dibuka tinggi 1.42 mata kepada 1,588.31 dan berada antara 1,582.25 dan 1,593.57 sepanjang sesi pagi. 

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 529 berbanding 377, manakala 438 kaunter tidak berubah, 874 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.37 bilion unit bernilai RM1.48 bilion.

Sementara itu, dalam nota penyelidikan hari ini, Rakuten Trade berkata indeks petunjuk pasaran dijangka tidak banyak berubah dengan aktiviti belian saham pada harga rendah dijangka berlaku jika indeks merosot di bawah paras 1,575. 

“Wall Street ditutup bercampur-campur berikutan aktiviti dagangan yang terus rendah berikutan data pekerjaan yang lebih rendah daripada jangkaan. Dow Jones Industrial Average ditutup rendah 48 mata manakala Nasdaq naik sebanyak 50 mata untuk kekal melebihi paras 15,300.

“Berdasarkan situasi itu, kami menjangka pasaran serantau mencatatkan satu lagi prestasi bercampur-campur pada masa depan,” katanya.

Bagi bursa tempatan, Rakuten berkata jualan pada saat akhir menyaksikan indeks merosot di bawah paras 1,590 semalam.

“Bagaimanapun, kami mendapati pembetulan ini adalah berikutan peningkatan sejak pertengahan Ogos, yang menyaksikan indeks petunjuk pasaran naik hampir 7.0 peratus. Kami percaya indeks akan diniagakan pada sekitar julat 1,580-1,590 hari ini,” katanya.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank merosot 2.0 sen kepada RM8.28 dan Public Bank susut 1.0 sen kepada RM4.07 manakala Petronas Chemicals dan Tenaga Nasional, masing-masing tidak berubah pada RM8.29 dan RM10.34 dan IHH Healthcare menambah 4.0 sen kepada RM6.37.

Dalam kalangan saham aktif, Ho Wah Genting naik 3.5 sen kepada 33.5 sen dan TFP Solutions meningkat setengah sen kepada 22.5 sen. Bagaimanapun, Bintai Kinden berkurangan 4.0 sen kepada 52.5 sen dan TA Win merosot setengah sen kepada 16.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 22.58 mata kepada 11,538.76, Indeks FBMT 100 berkurangan 21.39 mata kepada 11,243.65 dan Indeks FBM Emas Shariah jatuh 32.01 mata kepada 12,667.08.

FBM 70 susut 5.47 mata kepada 15,011.98 manakala FBM ACE merosot 33.80 mata kepada 7,182.22.   

Mengikut sektor, Indeks Perladangan berkurangan 24.07 mata kepada 6,733.52, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.97 mata kepada 198.60 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 4.84 mata kepada 15,391.70.

— BERNAMA

Share246ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In