Nak belajar saham ni nak mula daripada mana?
Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat hari ini, ramai antara kita yang mencari alternatif atau pekerjaan kedua untuk menampung kehidupan seharian yang semakin mencabar.
Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan hampir dua tahun ini telah membuka peluang untuk kita semua mencuba sesuatu perkara yang baru terutamanya dalam dunia pelaburan.
Jika kita layari media sosial, mesti kita tak lari daripada melihat iklan atau perkongsian daripada sahabat atau ahli keluarga kita sendiri yang berkongsikan tentang pelaburan yang mereka jalankan terutamanya dalam pelaburan saham.
Ada yang untung dan tidak kurang juga ada yang rugi. Ada yang masih meneruskan dan ada juga yang telah menyerah kalah.
Bila sebut tentang pelaburan saham, mesti kita akan bertanya tentang perlu ke untuk berguru? Bukan ke semua maklumat dan ilmu saham ini boleh didapati secara percuma sahaja di internet?
Untuk menjawab soalan diatas, mari kita lihat antara kelebihan dan kekurangan belajar saham secara kendiri dan berguru.
Belajar Saham Sendiri Lebih Baik
Mereka yang memilih untuk belajar sendiri sebenarnya lebih suka akan cabaran dalam memulakan sesuatu yang baru dengan usaha sendiri dan yang penting mereka dapat menjimatkan duit mereka daripada membayar kelas-kelas saham yang ada.
“Kenapa nak bayar untuk belajar saham, banyak je sumber free dekat internet”
Tidak dinafikan mereka yang gigih mencari ilmu saham sendiri ini memang jimat dari segi wang ringgit kerana mereka tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran untuk menyertai kelas saham yang disediakan.
Cuma yang mereka rugi adalah dari segi masa kerana ilmu pelaburan saham ini sangat meluas dan tanpa panduan daripada mereka yang berpengalaman.
Jadi mereka yang belajar sendiri ini akan banyak menghabiskan masa untuk mencari teknik Holy Grail yang sebenarnya tidak pernah wujud.
Belajar sendiri ini diibaratkan berada di tengah padang pasir tanpa peta dan kompas untuk memandu arah destinasi untuk dituju. Jika ada peta dan kompas pun tapi tidak tahu cara penggunaannya juga tidak berguna.
Tetapi jangan terkejut bahawa ada yang berjaya dengan cara sebegini. Malah kejayaan mereka ini lebih hebat daripada mereka yang berguru dalam pelaburan saham.
Tetapi ramai juga yang gagal dan berputus asa apabila kerap rugi dalam pelaburan saham. Bila rugi, mereka tidak tahu apa yang perlu dibuat. Sudahnya salahkan instrumen pelaburan saham yang berisiko tinggi.
Belajar Saham Secara Berguru Lebih Cepat
Belajar saham dengan berguru ini juga sebenarnya jimat. Mungkin bukan dari segi wang ringgit tetapi dari segi masa yang digunakan untuk trial and error semasa menceburi dunia pelaburan saham ini.
Untuk mengajar saham khususnya, mustahil yang mengajar ini tidak pernah melabur atau berdagang dalam saham. Ini kerana subjek saham ini agak teknikal dan hanya yang mengamalkan sahaja tahu tentang pelaburan ini.
Yang berbeza mungkin cara atau style dan penekanan guru tersebut kepada beberapa topik lebih berat berbanding yang lain.
Ada yang menekankan analisa fundamental syarikat dan ada juga yang lebih gemar kepada analisa teknikal.
Baca: Kajian Fundamental Atau Teknikal Yang Lebih Penting Untuk Melabur Saham Ini?
Belajar dengan guru ini diumpamakan seperti perjalanan yang dilengkapi dengan kemudahan Waze yang memandu dan memberikan bimbingan kepada kita untuk ke destinasi yang hendak dicapai.
Namun jika Waze mengarahkan belok ke kiri tetapi kita tetap berdegil untuk belok kanan, kita tetap akan sesat dan gagal untuk sampai ke destinasi pada masa yang ditetapkan.
Apabila sudah biasa menggunakan Waze untuk ke destinasi yang hendak dituju, lama kelamaan kita akan lebih yakin untuk memandu tanpa menggunakan perkhidmatan Waze lagi.
Begitu jugalah dengan pelaburan saham, pada permulaan kita perlukan bimbingan daripada guru dan apabila sudah mahir nanti, kita boleh berdikari untuk melabur dengan sendirinya.
Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.
Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.Mulakan sekarang.
Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab

Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :
1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti
Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.
Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.
Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->
TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!