• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Tiada Susut Nilai Ke Atas Inventori Hartanah Dijangka Pada Separuh Kedua – UEM Edgenta

in Catalyst
A A
Peralihan Kepada Penyelesaian Kesihatan Jimatkan UEM Edgenta RM100 Juta

Kredit Gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) — UEM Edgenta Bhd tidak menjangka susut nilai tambahan daripada bahagian penyelesaian hartanah dan kemudahannya terutamanya pada separuh kedua tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2021. 

Ketua Pegawai Kewangan Hillary Chua berkata bahagian itu menerima susut nilai inventori hartanah siap berjumlah RM50 juta pada suku kedua tahun lepas, berkaitan dengan hartanah yang belum dijual daripada Faber Development Holdings Sdn Bhd.

“Susut nilai ini sejajar dengan amalan terbaik pasaran yang diambil oleh pengurusan disebabkan situasi pasaran yang lemah.

“Kami sedang menilai potensi nilai boleh dikenal bersih untuk inventori yang kami ada,” katanya kepada pemberita selepas taklimat secara maya mengenai laporan prestasi kewangan separuh pertama berakhir 30 Jun, 2021 kumpulan itu hari ini. 

UEM Edgenta mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM6.13 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2021 berbanding kerugian bersih sebanyak RM26.91 juta pada tahun lepas berikutan perolehan yang lebih tinggi dan perbelanjaan yang lebih rendah.  

Perolehan pada suku tahunnya meningkat 20.1 peratus kepada RM538.6 juta pada suku kedua tahun kewangan 2021 daripada RM448.47 juta pada tahun lepas berikutan perolehan yang lebih tinggi dalam semua perniagaan, iaitu pengurusan aset dan penyelesaian infrastruktur.

“Saya rasa ini adalah petunjuk pemulihan yang baik apabila kita keluar daripada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dengan baik. Kami turut mendapat beberapa kontrak utama.

“Kontrak yang kami dapat setakat ini pada tahun ini berjumlah RM700 juta, yang amat menggalakkan dalam tempoh tahun yang sukar,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Syahrunizam Samsudin. 

UEM Edgenta mempunyai jumlah nilai perolehan kontrak sebanyak RM11.6 bilion setakat ini, cukup baik untuk kumpulan bertahan sehingga 2038.

Sebagai sebahagian daripada strategi mempelbagaikan perolehannya, kumpulan telah mengenal pasti tiga tonggak utama iaitu memperluas kedudukan dan meningkatkan asas penyelesaiannya, mengekstrak nilai daripada perniagaan teras dan penambahbaikan produk serta cadangan teknologi.

Syahrunizam berkata platform berkeupayaan teknologi seperti penjagaan kesihatan digital, infrastruktur dan penyelesaian pengurusan kemudahan pintar yang diterajui oleh Edgenta NXT akan memacu aliran perolehan baharu dan mentransformasi cadangan nilai kumpulan dalam ruang pengurusan kemudahan dan penjagaan kesihatan bersepadu.

“Kami optimis untuk membina nilai perolehan kontrak dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. Edgenta NXT adalah fasa pertumbuhan kami yang seterusnya melalui produk baharu dan pengembangan pasaran, terutamanya dengan teknologi yang menjadi faktor utama untuk membina perniagaan yang berdaya tahan dan mewujudkan pertumbuhan yang mampan pada masa depan. Kami mewujudkan nilai untuk perniagaan pelanggan kami,” katanya.

Selain Edgenta NXT, Syahrunizam berkata UEM Edgenta menyasarkan untuk mencatatkan pertumbuhan perolehan jangka panjang dengan memperluas kepada pasaran pertumbuhan tinggi melalui strateginya untuk Pan Malaysia dan Majlis Kerjasama Teluk serta meningkatkan rantaian nilai dalam pasaran sedia ada di Singapura dan Taiwan. 

Beliau berkata kumpulan turut mengambil peluang dalam prospeknya terhadap kerjasama baharu, mengambil alih perniagaan baharu dan memperluas portfolionya dalam pasaran pertumbuhan bukan organik.

“Kami akan mempertimbangkan sasaran yang berpotensi dalam sektor yang kami beroperasi untuk memacu fasa pertumbuhan yang akan datang dan menawarkan penyelesaian teknologi yang akan meningkatkan operasi kami,” kata Syahrunizam.

— BERNAMA

Share333ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In