• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Harga Saham Akan Sentiasa Naik Dengan Teknik Harapan?

in Asas Saham
A A
Harga Saham Akan Sentiasa Naik Dengan Teknik Harapan?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Kalau saham jatuh kenapa nak jual? Nanti saham tu naik la semula.

Memang tiada siapa yang mahu rugi dalam apa juga pelaburan yang mereka ceburi lebih-lebih lagi dalam pelaburan saham.

Namun hakikatnya pelaburan saham ini mempunyai risiko yang agak tinggi dan pelabur boleh belajar cara untuk meminimakan kerugian dan memaksimakan keuntungan. 

Ada pelabur yang beranggapaan bahawa harga pasaran sentiasa dalam keadaan menaik untuk jangka masa panjang dan kejatuhan harga sesuatu pasaran hanyalah bersifat sementara dan ianya akan disertai dengan kenaikan yang lebih tinggi setelah pasaran selesai membuat recovery. 

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Tetapi betul ke kenyataan diatas ini? Mari kita lihat apa yang terjadi kepada beberapa indeks pasaran saham untuk membuktikan kebenaran kenyataan ini. 

Sumber :

Indeks FBMKLCI bermula pada tahun 1982 dengan hanya 361 mata ketika itu dan pernah mencapai mata tertinggi sekitar 1800 mata sebelum ianya jatuh dan kini berada pada sekitar 1,600 mata. 

Sumber :

Sama juga dengan indeks S&P 500 yang menghimpunkan saham-saham gergasi di pasaran Wall Street yang bermula sejak tahun 1971 dan dilihat sentiasa membuat kenaikan dan telah mencapai fasa tertingginya baru-baru ini sekitar 4,520 mata. 

Sumber :

Sama juga dengan indeks Dow Jones ini yang bermula sejak tahun 1896 dan sentiasa berada pasa fasa kenaikan sehingga kini dan mencapai kenaikan tertingginya baru-baru ini pada paras 35,360 mata. 

Baca: Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P Dan Nasdaq? 

Jika kita lihat pada carta-carta indeks ini, ianya seperti menyokong kenyataan tadi yang menyatakan bahawa pasaran akan sentiasa meningkat dan kejatuhan pada pasaran hanya bersifat sementara sebelum ianya kembali naik pada paras yang lebih tinggi.

Namun indeks ini adalah himpunan saham-saham berwajaran tinggi pada sesuatu pasaran dan bukanlah menggambarkan pasaran secara menyeluruh. 

Adakah ianya benar dan praktikal digunakan khusus kepada pergerakan harga sesuatu saham syarikat yang diapungkan ini? 

Mari kita lihat perbezaan pergerakan harga untuk saham yang berwajaran tinggi dengan saham yang tidak tersenarai dalam komponen FBMKLCI. 

Baca: FBMKLCI: Kenapa Komponennya Berubah-ubah? 

Pergerakan Harga Saham Berwajaran Tinggi

FBMKLCI terbentuk daripada 30 saham utama yang mempunyai modal pasaran dan memenuhi beberapa kriteria lain yang telah ditetapkan untuk menjadi komponen kepada FBMKLCI.

Sumber: Bursa Malaysia

Antara senarai terkini komponen FBMKLCI adalah seperti gambar diatas yang telah dikemas kini pada 21 Jun 2021.

Sumber :

Carta saham Tenaga menunjukkan perubahan harga yang ketara dengan peningkatan hampir sekali ganda bermula pada tahun 2013 dan untuk tahun kebelakangan ini harga saham ini dilihat dalam keadaan mendatar sahaja. 

Namun pergerakan harga saham Tenaga ini masih menyokong kenyataan bahawa pergerakan saham akan sentiasa menaik tadi walaupun data pada harga saham ini terhad kepada tahun 2003 sehingga tahun 2021. 

Sumber :

Sama juga dengan pergerakan harga saham Petronas Dagangan ini yang membuat kenaikan yang konsisten sejak tahun 2003 sehingga tahun 2013 sebelum ianya jatuh pada tahun 2016 dan masih belum berjaya membuat kenaikan yang pernah dicapai dulu. 

Pergerakan harga saham ini juga boleh dikatakan masih menyokong kenyataan tentang pergerakan harga saham akan sentiasa menaik. 

Sumber :

Namun berbeza dengan pergerakan saham Axiata yang setakat ini dilihat berada di fasa downtrend sejak tahun 2015 sehingga ke hari ini. 

Untuk mencapai harga tertingginya sebelum ini, saham ini perlu membuat kenaikan hampir sekali ganda daripada harganya sekarang. 

Pergerakan harga saham setakat ini telah menidakkan kenyataan tadi walaupun saham ini tersenarai dalam salah satu komponen FBMKLCI. 

Mari kita lihat pula pergerakan harga saham yang bukan antara saham-saham berwajaran tinggi.

Pergerakan Harga Saham Biasa

Selain daripada saham berwajaran tinggi, saham biasa yang didagangkan di pasaran saham tempatan ini biasanya mempunyai pergerakan harga yang lebih volatile terutamanya saham yang didagangkan pada harga yang murah.

Sumber :

Syarikat Sapura Energy ini dulunya pernah tersenarai sebagai salah satu komponen FBMKLCI sebelum ianya dikeluarkan daripada senerai tersebut. 

Harga saham ini mula diapungkan di pasaran sekitar RM2.50 dan naik sekitar RM5.00 seunit sebelum ianya terus meneruskan mengalami kejatuhan sehingga menjadi saham penny dan didagangkan sekitar RM0.125 seunit.

Daripada saham kayangan kini hanya menjadi saham pinggiran sahaja. 

Cuba bayangkan jika kita berpegang kepada pendirian yang harga saham ini akan sentiasa naik dan tidak membuat keputusan untuk menjual dengan ‘harapan’ harganya akan naik semula. 

Sumber :

Saham syarikat Serba Dinamik ini pula terpalit dengan masalah audit yang menyebabkan harga saham ini jatuh dengan mendadak daripada RM1.60 sesaham sebelum jatuh dengan teruk dan kini hanya didagangkan sekitar RM0.415 sesaham sahaja. 

Selagi isu audit syarikat ini belum selesai, selagi itu harga saham ini terus berada pada paras hari ini. Tetapi bagaimana pula jika isu ini selesai tetapi tidak menyebelahi syarikat ini? 

Jika kita membeli pada harga yang mahal dan tidak membuat sebarang jualan ketika harga saham ini jatuh, sudah berapa peratus kerugian atas kertas yang terpaksa kita hadapi? 

Sumber :

Pergerakan harga saham syarikat Air Asia ini pula seperti menaiki roller coaster dan sangat menguji kekuatan jantung pelabur. 

Bayangkan harganya yang tertinggi mencecah sekitar RM4.40 seunit pada tahun 2018 dan jatuh dengan teruk apabila perintah kawalan pergerakan dilaksanakan dan menyebabkan harga saham ini jatuh dibawah RM1.00 seunit. 

Tidak mustahil harga saham ini akan naik semula kepada harga asalnya sebelum ini namun jika seseorang pelabur membeli di puncak, kejatuhan yang mendadak ini sangat memeritkan walaupun hanya kerugian di atas kertas. 

Pelabur dan juga perdagang perlu faham bahawa harga sesuatu saham itu bergantung kepada supply dan demand dan ianya sangat berkait rapat dengan emosi para pelabur. 

Kenyataan harga saham akan sentiasa naik dan kejatuhan yang dibuat hanya bersifat sementara ini tidak terlaksana kepada semua jenis saham walaupun ianya relevan kepada pergerakan indeks pasaran. 

Baca: Cepat Jual Saham Anda Jika Keluar 3 Tanda Ini

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Share377ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

10 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In