• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Semasa Akhiri Sesi Dagangan Pagi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri dagangan sesi pagi pada Rabu, berikutan peningkatan aktiviti pengambilan untung ke atas saham berwajaran tinggi terpilih, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran turun 0.58 peratus atau 9.32 mata kepada 1,592.06 daripada 1,601.38 semasa penutupan Isnin.

Indeks itu dibuka 2.05 mata lebih tinggi kepada 1,603.43 sebelum bergerak di antara 1,590.87 dengan 1,604.98 sepanjang sesi pagi.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 582 berbanding 414, manakala 371 kaunter tidak berubah, 851 kaunter tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.72 bilion unit bernilai RM1.71 bilion.

Dagangan ditutup pada Selasa sempena cuti umum Hari Kebangsaan 2021.

Sementara itu, Rakuten Trade menjelaskan indeks utama di Wall Street ditutup tidak berubah memandangkan pelabur sedang mempertimbangkan dorongan baharu dalam persekitaran pengurangan wang mudah yang dijangka dilaksanakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

“Purata Perindustrian Dow Jones berada dalam wilayan penyusutan sepanjang sesi dagangan dan ditutup 36 mata lebih rendah,” menurutnya dalam nota penyelidikan.

Firma pembrokeran itu menambah, FBM KLCI mencatatkan satu lagi prestasi yang memberangsangkan pada Isnin apabila berada di paras melebihi 1,600 mata.

“Dana asing terus membeli ekuiti di bursa tempatan dengan mencatatkan aliran masuk bersih lebih RM1.1 bilion sepanjang tiga hari lepas.

“Kami menjangkakan momentum itu berterusan, justeru, indeks berkenaan diunjurkan naik lebih tinggi walaupun beberapa pembetulan mungkin dilakukan. Bagi hari ini, kami menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,595 hingga 1,605,” menurutnya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing susut 8.0 sen kepada RM8.32 dan RM4.10, Tenaga Nasional turun 6.0 sen kepada RM10.40, IHH Healthcare kurang 7.0 sen kepada RM6.33 manakala sementara Petronas Chemicals tidak berubah pada RM8.30.

Antara saham aktif, Borneo Oil naik setengah sen kepada 3.5 sen, Bintai Kinden menokok 8.0 sen kepada 56 sen, Kanger International menambah 1.5 sen kepada 6.0 sen manakala Avillion turun 1.5 sen kepada 13 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 42.18 mata kepada 11,585.69; Indeks FBMT 100 turun 46.60 mata kepada 11,295.31 dan Indeks FBM Emas Syariah kurang 34.73 mata kepada 12,715.73.

Bagaimanapun, FBM 70 naik 14.39 mata kepada 15,037.85 sementara FBM ACE susut 64.62 mata kepada 7,180.28.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 33.32 mata kepada 6,784.57 serta Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 1.02 mata kepada 199.36 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 59.81 mata kepada 15,497.46.

— BERNAMA

Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In