• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Saham Manchester United Naik Selepas Cristiano Ronaldo Pulang Ke Kelab

in Saham Global
A A
Saham Manchester United Naik Selepas Cristiano Ronaldo Pulang Ke Kelab
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

Legenda Manchester United, Cristiano Ronaldo akhirnya pulang ke kelab lamanya dari Juventus malah kelab tersebut turut membuat ciapan “Selamat pulang, Cristiano” di laman Twitter kelab tersebut. Ramai peminat Manchester United termasuk penulis sendiri mengalu-alukan kepulangan Ronaldo ke kelab tempat beliau mencipta nama di awal kariernya. 

Sumber : Twitter

Siapa tidak kenal dengan pemain bola sepak terkenal dunia iaitu Cristiano Ronaldo. Instagram beliau sahaja mempunyai 335 juta pengikut. Majoriti pemain bola pula pastinya gerun untuk bertembung beliau di atas padang kerana kawalan bola beliau yang sangat baik menyebabkan pemain lain sukar menghalangnya menjaringkan gol. 

Untuk rekod, Ronaldo telah memenangi Ballon d’Or sebanyak 5 kali dan lebih 30 trofi sepanjang kariernya setakat ini. Pemain ini berjaya menjaringkan sebanyak 118 gol sepanjang 292 perlawanan beliau untuk Manchester United. 

Sumber: Manchester United

Cristiano Ronaldo meninggalkan Manchester United pada tahun 2009 untuk bermain di Real Madrid. Perpindahan tersebut menyaksikan yuran perpindahannya adalah yang tertinggi bagi seorang pemain bola ketika itu.

Yuran perpindahan beliau pada kali ini pula hanyalah 20 juta pound atau sekitar RM115.49 juta. 

Ramai yang seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku kerana urusan perpindahan beliau dilakukan kurang 24 jam di samping terdapat desas desus sebelum itu bahawa Ronaldo akan ke Manchester City, kelab rival Manchester United.

Apa Yang Terjadi Pada Saham Manchester United?

Perpindahan mengejut Ronaldo ke kelab tersebut menyebabkan saham Manchester United naik mendadak sebanyak 8%. Menurut Mirror.co.uk, modal pasaran saham Manchester United meningkat sebanyak 212 juta pound pada satu ketika Jumaat yang lalu (27 Ogos 2021). 

Sumber :

Pada 27 Ogos 2021, volume yang sangat tinggi juga dapat disaksikan sebaik sahaja perpindahan tersebut disahkan. Saham Manchester United laris bak pisang goreng kerana pelabur percaya kepulangan semula Ronaldo bukan sahaja akan membantu prestasi kelab tersebut di atas padang, tetapi perpindahan tersebut juga bermakna penjualan tiket serta produk kelab juga akan mendapat permintaan tinggi. Ia secara tidak langsung akan meningkatkan pendapatan kelab. 

Mungkin ini yang disebut sebagai ‘Ronaldo Effect’? Masih ingatkah anda dengan peristiwa saham Coca-Cola jatuh yang dikaitkan dengan Ronaldo?

Baca : Ronaldo punca Coca-Cola rugi besar

Penyerang itu mengetepikan dua botol Coca-Cola di atas mejanya pada sidang media menjelang pertemuan dengan Hungary. Susulan itu, saham Coca-Cola jatuh merudum.

Sumber: Bloomberg

Status Syariah Saham Manchester United

Sumber: Islamicly

Menurut Islamicly, saham Manchester United adalah patuh syariah. Menurut broker lain pula, anda mungkin mendapati status syariah saham ini berbeza. Hal ini berlaku kerana panel syariah bagi setiap broker adalah berbeza. 

Tiada masalah sekiranya anda ingin merujuk kepada Islamicly ataupun platform broker anda.

Anda die hard fans Manchester United? Adakah anda sudah beli saham kelab kesayangan anda? Nampak macam tak lengkap pula sekiranya anda tidak memiliki saham kelab kesayangan anda. 

Jika anda bukan penyokong Manchester United, jangan risau kerana kelab lain seperti Chelsea,  Liverpool, Arsenal, Manchester City turut didagangkan di pasaran saham. Pastikan saham kelab kesayangan anda patuh syariah terlebih dahulu sebelum beli.

Lepas ini anda boleh berbangga mengatakan yang anda merupakan pemegang saham kelab tersebut.

Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:

  • Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
  • Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
  • Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
  • 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
  • 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street

Eh, banyak lagi lah.

Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.

Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?

Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!

Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street

Share278ShareSend

Related Posts

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini
Fundamental Analisis

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

11 months ago
Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh
Catalyst

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

11 months ago
Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%
Catalyst

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

11 months ago
Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
Saham Global

Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In