• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meneruskan Kenaikan Minggu Lepas Untuk Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Teruskan Aliran Menaik Pada Pembukaan Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan peningkatan minggu lepas untuk dibuka tinggi hari ini, disokong permintaan belian yang berterusan di saham wajaran tinggi terpilih berikutan lebih ramai pelabur meraih keyakinan susulan ketegangan politik dalam negara yang semakin reda, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.33 mata kepada 1,600.49 berbanding 1,590.16 sewaktu ditutup pada Jumaat.

 Indeks itu dibuka 3.03 mata lebih tinggi kepada 1,593.19.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 286 kepada 200, manakala 373 kaunter tidak berubah, 1,387 tidak diniagakan dan 50 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 523.04 juta unit bernilai RM210.16 juta.

Sementara itu, menurut Malacca Securities Sdn Bhd, sentimen positif itu dijangka berterusan, didorong sasaran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mencapai kadar vaksinasi melebihi 50 peratus untuk penduduk dewasa di enam negeri — Perak, Terengganu, Johor, Kedah, Kelantan dan Sabah — menjelang akhir September, di samping memberi bayangan Lembah Klang boleh beralih kepada Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara.

“FBM KLCI mengekalkan aliran kenaikannya sepanjang minggu, disokong minat belian kukuh daripada dana asing (aliran masuk positif: lima hari; belian bersih kumulatif: RM964.3 juta) di tengah-tengah kurangnya risiko politik dan pembukaan semula aktiviti perniagaan,” katanya menerusi nota penyelidikan hari ini.

Bagaimanapun, ia berkata, dagangan mungkin perlahan menjelang cuti umum Hari Kebangsaan.

“Sektor minyak dan gas menjadi tumpuan susulan peningkatan harga minyak. Malah, pelabur mungkin memberi perhatian kepada tema pemulihan berikutan perkembangan program vaksinasi yang berjalan lancar.

“Selain itu, sektor teknologi mungkin meraih daya tarikan susulan peningkatan semalaman di Nasdaq yang ditutup pada paras tertinggi susulan kenyataan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat yang memihak kepada kadar faedah rendah,” katanya.

Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank naik 6.0 sen kepada RM8.43, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare meningkat 10 sen masing-masing kepada RM8.30 dan RM6.45, Tenaga Nasional naik 8.0 sen kepada RM10.46, dan Public Bank tidak berubah pada RM4.18.

Bagi saham aktif, KNM Group dan Green Ocean naik setengah sen masing-masing kepada 26.5 sen dan 3.5 sen, dan Impiana Hotels menokok 1.0 sen kepada 8.0 sen, namun Orion IXL turun 1.0 sen kepada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 63.80 mata kepada 11,624.33, Indeks FBMT 100 tinggi 64.95 mata kepada 11,338.33, dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 74.66 mata kepada 12,754.02.

FBM 70 menambah 53.81 mata kepada 15,024.15 dan FBM ACE meningkat 16.77 mata kepada 7,231.64.  

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 10.34 mata kepada 6,784.02, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 58.04 mata kepada 15,544.94 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.45 mata kepada 198.01.

— BERNAMA

Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In