• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Supermax Raih Untung Bersih RM958.71 Juta, Umum Dividen 15 Sen

in Market Update
A A
Supermax Ganti KLCC Property, KLCC REIT Dalam Konstituen FBM KLCI

Kredit gambar: The Edge

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) — Pengeluar sarung tangan getah, Supermax Corporation Bhd (Supermax) sekali lagi mencatat prestasi kewangan kukuh apabila keuntungan bersihnya mencecah RM958.71 juta dan hasil RM1.88 bilion bagi tempoh suku keempat berakhir 30 Jun, 2021.

Sebagai perbandingan, prestasi suku sama pada 2020 menyaksikan keuntungan bersih dan hasil syarikat itu masing-masing pada RM398.83 juta dan RM929.12 juta, katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Khamis.

Lembaga Pengarah Supermax telah mengisytiharkan dividen khas satu peringkat sebanyak 15 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2021 dengan tarikh kelayakan serta pembayaran dividen tersebut ditetapkan pada 10 September, 2021 dan 30 September, 2021.

Supermax menyifatkan prestasi kewangan itu didorong terutamanya oleh permintaan sarung tangan getah dan kelengkapan perlindungan diri (PPE) yang terus kukuh di peringkat global berikutan penularan pandemik COVID-19.

Permintaan terhadap produk sarung tangan serta PPE berkenaan juga kekal memberangsangkan ketika dunia terus menangani pandemik yang terus berlanjutan itu.

“Gelombang baharu jangkitan COVID-19  terus menular di negara-negara serata dunia walaupun dalam keadaan semakin banyak negara mula membuka semula sektor ekonomi dan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP).

“Sejak bermulanya pandemik ini, kami telah dan terus menyaksikan kemunculan pengguna dan penggunaan baharu yang tidak pernah dilihat sebelum berlakunya COVID-19,” katanya.

Menurutnya, pelaksanaan usaha pemberian suntikan vaksin yang ketara di negara-negara turut dijangka menjejaskan permintaan sarung tangan manakala penggunaannya akan lebih menyederhana.

Bagaimanapun, Supermax percaya bahawa penyederhanaan itu lebih bersifat beransur-ansur dan bukannya susut secara mendadak akibat perubahan struktur atau asas penggunaan seperti aspek kesedaran penjagaan kesihatan dan kebersihan diri yang meningkat.

Menurutnya, lebih ramai penggiat baharu sarung tangan juga dijangka menyertai pasaran susulan jangkaan berlakunya lonjakan permintaan berkaitan.

Selain itu, syarikat-syarikat pengeluar sarung tangan sedia ada pula dijangka meneruskan usaha meningkatkan kapasiti pada skala lebih besar, terutama kalangan syarikat-syarikat awam tersenarai yang berpangkalan di China, Malaysia dan Thailand.

“Apabila lebih banyak kapasiti ditawarkan di pasaran, ini akan menyebabkan harga sarung tangan global mulai susut.

“Jika dilihat, harga juga telah susut dengan ketara. Pada masa ini, harga semasa pasaran adalah jauh lebih rendah berbanding dengan harga yang dipersetujui (kontrak),” katanya.

— BERNAMA

Share241ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In