• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Dagangan Di Bursa Malaysia Kekal Dalam Zon Positif Sehingga Rehat Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) — Dagangan di Bursa Malaysia kekal dalam zon positif sehingga urus niaga berhenti rehat tengah hari ini, dirangsang terutamanya oleh sektor perladangan berikutan pengukuhan dalam harga komoditi.

Pada jam 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 9.40 mata kepada 1,579.20 daripada 1,569.80 ketika penutupan urus niaga petang Rabu.

Indeks utama dibuka 0.92 mata lebih tinggi pada 1,570.72 dan berlegar antara 1,570.72 dan 1,590.91 di sepanjang sesi pagi hingga tengah hari.

Pergerakan harga di pasaran masih lagi positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 473 berbalas 447 manakala 437 kaunter tidak berubah, 895 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah 2.34 bilion saham bernilai RM1.42 bilion.

Seorang penganalisis berkata beberapa kegiatan pengambilan untung telah muncul berikutan trend menaik di bursa tempatan.

Namun, keuntungan yang dicatatkan oleh kaunter perladangan, produk dan perkhidmatan industri serta kaunter pembinaan terus menyokong pasaran.

Sebaliknya, kaunter penjagaan kesihatan, teknologi, tenaga, amanah pelaburan hartanah dan harta tanah agak rendah.

Beliau menambah harapan yang semakin meningkat bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat tidak mungkin memulakan program pengurangan rangsangan dalam waktu terdekat ini boleh menjadi antara faktor penyumbang kepada prestasi menggalakkan di pasaran domestik.

Sementara itu dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Petronas Chemicals meningkat 24 sen pada RM8.39, Press Metal naik 13 sen kepada RM5.37, Sime Darby mengukuh 14 sen kepada RM2.40 dan MISC peroleh 18 sen kepada RM7.09.

Maybank pula kerugian tiga sen kepada RM8.30 dan Public Bank naik dua sen kepada RM4.12.

Bagi saham aktif, Ta Win menokok 2.5 sen kepada 5.5 sen, BCM Alliance turun 2.5 sen kepada tujuh sen, Scope Industries susut dua sen kepada 34.5 sen dan D’nonce lebih rendah setengah sen pada 60.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 53.46 mata kepada 11,502.92, Indeks FBMT 100 mengukuh 54.49 mata pada 11,213.08, Indeks FBM Emas Syariah naik 76.68 mata kepada 12,628.58, FBM 70 untung 24.78 mata kepada 14,958.42 manakala FBM ACE kerugian 10.42 mata kepada 7,278.70.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan mengukuh 93.10 mata kepada 6,756.11, Indeks Perkhidmatan Kewangan pulih 12.34 mata kepada 15,394.29 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 3.07 mata kepada 197.66.

— BERNAMA

Share246ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In