Sejak program Wall Street pertama kali diadakan oleh The Kapital pada Oktober tahun lalu, saham Crocs (NASDAQ: CROX) terus memacu ke atas meninggalkan pesaingnya, dan kini duduk ditempat teratas sekali dalam sektor apparel kasut.
Sepanjang tahun ini sahaja, saham Crocs telah naik lebih 120%! Belum sampai satu tahun dah naik lebih 100%.

Sumber :
Bagi yang berpeluang menghadiri program Webinar Wall Street 1.0 pada Oktober lalu, sudah setentunya tersenyum lebar meraih keuntungan yang lebih kurang 150%, dengan harga belian sekitar US$55.
Pada 23 Ogos, harga seunit saham Crocs telah mencecah US$142.87. Yang seronoknya apabila melabur di Wall Street ni, tak perlu duduk renung komputer atau telefon bimbit setiap masa.
Paling lama pun tidak lebih 30 minit untuk periksa portfolio pegangan kita. Yang dah mahir 5 minit pun dah cukup untuk tengok portfolio kita setiap minggu, setiap bulan berkembang.
Kenapa saham Crocs terus naik? Bukan waktu PKP takde orang pergi shopping pun? Hah, inilah lagi kelebihan pasaran Wall Street, kerana saham-saham yang duduk kat situ mempunyai pasaran yang amat luas, pasaran global.
Dan produk Crocs adalah amat unik dan susah untuk ditiru. Walaupun ada pesaing yang copycat cuba menembusi pasaran tetapi, peminat Crocs lebih setia kepada yang tulin, kerana rasa pemakaian yang amat berbeza dari kualiti copycat.
Sumber: Yahoo!Finance
Crocs yang mula ditubuhkan di Broomfield, Colorado, Amerika Syarikat mula disenaraikan dalam index Nasdaq sejak awal tahun 2006, dengan harga IPO sebanyak US$15. Sejak itu harga saham Crocs telah pun naik lebih 800%.
Saham ini juga menjadi minat para pelabur jerung di Wall Street sejak Mac 2020. Terkini pelabur jerung sudah meletakkan harga sasaran saham ini kepada US$160.
Lebih 90% saham Crocs ini dimiliki oleh jerung dengan pegangan terbesar bernilai US$940 juta oleh Blackrocks. Nilai pasaran Crocs ini pula telah mencecah lebih US$8 billion.
Pegangan jerung dalam saham Crocs inilah yang mengangkat harga saham ini terus ke puncak tertinggi selagi jerung masih membeli saham ini.
Biasanya saham yang mempunyai pegangan jerung akan lebih stabil dan lebih cair dari yang tidak diminati pelabur jerung.
Ingin memiliki saham seperti Crocs untuk pelaburan santai jangka masa panjang? Jangan terlepas peluang untuk mengikuti program Wall Street bersama The Kapital.
Artikel ini adalah ditulis oleh Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI,CFTe,MSTA) yang merupakan pelabur tegar Wall Street yang menetap di Brunei.
Peringatan : Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Saham yang disebut hanyalah untuk tujuan pendidikan dan bukanlah saranan belian atau jualan. Sebarang tindakan untuk melabur adalah keputusan dan tanggungjawab anda.

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-
1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD
*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.
Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet