• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Dagangan Di Bursa Malaysia Kekal Kukuh Sehingga Rehat Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) — Kehendak atau selera pelabur yang semakin meningkat, pendapatan korporat yang mantap serta pengukuhan harga komoditi terus mendorong dagangan di Bursa Malaysia untuk mengakhiri sesi awal hari ini lebih tinggi.

Pada jam 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.08 mata kepada 1,560.45 daripada 1,553.37 pada penutupan hari Selasa.

Indeks utama dibuka 1.21 mata lebih tinggi pada 1,554.58 dan bergerak antara 1,554.58 dan 1,568.67 di sepanjang sesi urus niaga pagi hingga tengah hari.

Pergerakan harga di pasaran kekal positif dengan kaunter untung mengatasi rugi dengan julat yang tipis 470 berbalas 462, sementara 450 kaunter tidak berubah, 869 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 2.85 bilion saham bernilai RM1.50 bilion.

Ketua penjualan ekuiti Rakuten Trade Vincent Lau berkata dana asing muncul sebagai pembeli bersih di pasaran ekuiti tempatan sejak beberapa hari kebelakangan ini sambil menambah belian bersih asing cukup besar semalam, sekali gus menyaksikan pasaran mencecah paras 1,550 untuk pertama kali dalam tempoh dua bulan.

Kestabilan politik dan persekitaran pasaran yang terlebih jual turut menyumbang kepada kenaikan pasaran, katanya kepada Bernama.

Dalam nota penyelidikannya, Rakuten Trade menyatakan peningkatan jumlah dagangan di pasaran dan pendapatan korporat yang kukuh mampu membantu indeks untuk terus meningkat dan menjangkakan indeks berada dalam julat 1,555-1,565 hari ini kerana penilaian pasaran tetap menarik.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Tenaga Nasional naik 17 sen kepada RM10.14, Press Metal meningkat lapan sen pada RM5.08, IOI Corp lebih tinggi sebanyak lapan sen kepada RM3.97, sementara Telekom Malaysia menambah 10 sen kepada RM5.98.

Sementara itu, Maybank naik dua sen kepada RM8.34 dan Public Bank turun tiga sen kepada RM4.08.

Bagi saham aktif, Kanger International dan Sapura Energy masing-masing tidak berubah pada enam sen dan 12 sen, sementara MMAG turun setengah sen kepada 11 sen dan Serba Dinamik meningkat dua sen kepada 44 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 40.95 mata kepada 11,406.30, Indeks FBMT 100 naik 40.21 mata kepada 11,111.39, Indeks FBM Emas Syariah melonjak 76.73 mata kepada 12,498.07, FBM 70 meningkat 14.44 mata pada 14,945.84, dan FBM ACE kerugian 4.27 mata kepada 7,323.22.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 34.50 mata kepada 6,649.34, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 8.02 mata kepada 15,328.41, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 1.16 mata kepada 192.53.

– BERNAMA

Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In