• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Hari Keempat Berturut-Turut

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Meningkat Hari Keempat Berturut-Turut
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan aliran peningkatannya untuk hari keempat berturut-turut apabila dibuka tinggi pada awal dagangan Rabu, dipacu oleh selera pelabur dan harga komoditi yang bertambah baik.

Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 12.32 mata kepada 1,565.69 daripada 1,553.37 pada akhir dagangan Selasa.   

Indeks penanda aras tersebut dibuka meningkat 1.21 mata kepada 1,554.58.

Sentimen pasaran kekal positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 256 berbanding 130 manakala 312 kaunter lain tidak berubah, 1,553 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 197.44 juta saham bernilai RM129.59 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata biarpun pasaran berkemungkinan mencatat penyusutan akibat aktiviti pengambilan untung, namun sentimen menyeluruh terhadap bursa tempatan itu terus positif serta didorong oleh pemulihan dan peningkatan harga komoditi.

Malah, pasaran juga dijangka turut dipacu oleh perkembangan usaha vaksinasi tempatan yang berjalan lancar dan meningkatkan rasa optimis pelabur, lebih-lebih lagi dalam musim pelaporan korporat ketika ini.

Menurut firma pembrokeran itu, faktor-faktor lain seperti indeks pengangkutan laut utama Baltic Exchange (Indeks Kering Baltic) yang meningkat ke paras tertinggi sejak pertengahan 2010 daripada 4,200 mata pada Selasa selain harga minyak Brent yang mencecah paras US$71, berkemungkinan menyokong kaunter minyak dan gas selain pengangkutan dan logistik.

“Pelabur dijangka kekal positif terhadap sektor teknologi susulan peningkatan semalaman di Nasdaq yang mencecah paras tertinggi. 

“Selain itu, kami juga percaya sektor-sektor yang dalam proses pemulihan seperti berkaitan dengan bahan binaan dan pembinaan akan terus mendapat sambutan,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Public Bank meningkat empat sen kepada RM4.15, Maybank menokok enam sen kepada RM8.38 dan CIMB naik lima sen kepada RM4.88.

Press Metal pula meraih 20 sen kepada RM5.20, IOI meningkat 10 sen kepada RM3.99 dan Sime Darby Plantation menambah enam sen kepada RM4.22.

Bagi saham aktif, MMAG, AE Multi dan Ta Win tidak berubah pada 11.5 sen, 4.5 sen dan 16.5 sen manakala Aimflex susut satu sen kepada 17.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Index naik 70.91 mata kepada 11,436.26, Indeks FBMT 100 meraih 70.89 mata kepada 11,142.07, Indeks FBM Emas Shariah menokok 72.47 mata kepada 12,493.81, FBM 70 menambah 29.69 mata kepada 14,961.09 dan FBM ACE naik 36.94 mata kepada 7,364.43.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 83.81 mata kepada 6,698.65, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 110.65 mata kepada 15,447.08 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 1.84 mata kepada 193.21.

— BERNAMA

Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In