• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Kaunter Perbankan, Perladangan Lonjakkan Urus Niaga Bursa Malaysia, Indeks Utama Naik 20.80 Mata Pada Sesi Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia mencatatkan dagangan yang tinggi ketika mengakhiri urus niaga sesi awal hari ini, dirangsang oleh kaunter perladangan dan perbankan.

Pada jam 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 20.80 mata kepada 1,543.23 berbanding 1,522.43 pada penutupan urus niaga Isnin.

Indeks utama dibuka 1.78 mata lebih tinggi pada 1,524.21 dan bergerak antara 1,522.81 dan 1,546.03 di sepanjang sesi pagi hingga tengah hari.

Pergerakan harga di pasaran kekal positif, menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi  647 berbalas 297 sementara 399 kaunter tidak berubah, 876 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 2.59 bilion saham bernilai RM1.44 bilion.

Seorang penganalisis menyatakan keuntungan dilihat merentasi seluruh sektor di tengah-tengah minat pasaran yang kukuh.

“Harga minyak mentah dan minyak sawit mentah yang amat menggalakkan selain langkah kawalan pergerakan domestik yang lebih longgar adalah penyumbang kepada peningkatan di pasaran domestik,” katanya kepada Bernama.

Pada ketika ini, minyak penanda aras Brent kekal melepasi paras US$68 setong.

Sementara itu, Rakuten Trade Sdn Bhd berkata penurunan kes COVID-19 ke bawah paras 18,000 semalam mungkin boleh mencetuskan keyakinan terhadap sentimen yang pada masa ini agak rapuh dan ini dapat dilihat kepada jumlah dagangan pasaran yang semakin baik.

Bagaimanapun, kebimbangan masih ada menjelang simposium Jackson Hole Amerika Syarikat pada Khamis yang dijangka memberikan petunjuk mengenai tinjauan dasar Rizab Persekutuan AS selain daripada para pelabur turut menantikan data kadar inflasi bulan Julai Malaysia yang akan diumumkan esok.

Sementara itu, saham berwajaran tinggi Public Bank naik 10 sen kepada RM4.04, Maybank 13 sen lebih tinggi pada RM8.30, CIMB meningkat 11 sen kepada RM4.79, dan Hong Leong Bank menokok 30 sen kepada RM18.70.

Sime Darby Plantation pula melonjak 23 sen kepada RM4.14 dan IOI mengembang 11 sen kepada RM3.86.

Bagi saham aktif, VSolar tidak berubah pada 1.5 sen, D’nonce Technology turun 1.5 sen kepada 59 sen, MMAG susut satu sen kepada 11.5 sen, dan Avillion lebih rendah setengah sen kepada 15.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 135.97 mata kepada 11,292.59, Indeks FBMT 100 naik 135.38 mata kepada 11,000.51, Indeks FBM Emas Syariah melambung 108.51 mata kepada 12,352.88, FBM 70 pula 132.50 mata lebih tinggi pada 14,842.44 dan FBM ACE naik 94.88 mata kepada 7,274.00.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 166.49 mata kepada 6,576.87, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 269.92 mata kepada 15,187.77 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian mengembang 1.05 mata kepada 190.42.

— BERNAMA

Share441ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In