• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Serba Dinamik Ambil Tindakan Undang-Undang Ke Atas KLSE Screener

in Market Update
A A
Untung Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM148 Juta Pada Suku Ketiga

Kredit gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Serba Dinamik Holdings Bhd serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah telah memulakan tindakan undang-undang ke atas pemilik dan operator KLSE Screener.

Mereka telah memperoleh injunksi ad interim terhadap dakwaan penerbitan komen palsu dan fitnah yang disiarkan menerusi akaun pengguna yang menyamar sebagai CEO kumpulan itu.

Dalam kenyataan hari ini, Mohd Abdul Karim berkata akaun pengguna dengan nama “Datuk Mohd Karim” itu telah menerbitkan komen palsu di laman web klsescreener.com sehingga mewujudkan spekulasi yang tidak diingini berhubung saham Serba Dinamik.

Pengerusi Serba Dinamik Datuk Mohamed Ilyas berkata injunksi itu telah diperoleh syarikat dan CEO kumpulan itu terhadap Lim Kai Yang yang menjadi pemilik dan operator KLSE Screener.

Menurutnya injunksi interim itu akan menghalang KLSE Screener daripada menerbitkan, menerbitkan semula atau membenarkan sebarang penerbitan komen palsu oleh mana-mana akaun yang menyamar sebagai Mohd Karim atau Serba Dinamik.

“Syarikat ini menyifatkan penyamaran dan penerbitan komen palsu sedemikian sebagai kesalahan serius terhadap syarikat dan CEO. Komen palsu ini telah menimbulkan spekulasi yang tidak diingini ke atas Serba Dinamik yang mengancam dan memusnahkan nama baik dan reputasi syarikat serta Mohd Karim,” katanya.

Mohamed Ilyas berkata Serba Dinamik juga akan terus memantau beberapa platform lain dan tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil terhadap platform berkenaan apabila tiba masanya sekiranya mereka menerbitkan artikel palsu dan fitnah ke atas syarikat.

— BERNAMA

Share270ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In