Kita jual beli saham ni syarikat mana yang untung?
CANSLIM merupakan sebuah kaedah yang diperkenalkan oleh William J. O’Neil untuk pelabur meraih pulangan yang lumayan dalam pelaburan saham ketika pasaran berada dalam keadaan Bullish.
CANSLIM ini merupakan kata-kata kunci untuk kita gunakan bagi menilai kualiti syarikat sebelum membuat keputusan untuk membelinya.
Kali ini, kita akan menggunakan kaedah CANSLIM untuk membantu kita membuat kajian ke atas syarikat Bursa Malaysia Berhad (Bursa).
Baca: Memilih Saham Berkualiti Dengan Kaedah C.A.N.S.L.I.M
Latar Belakang Bursa Malaysia Berhad (Bursa) (1818)
Bursa Malaysia Berhad (Bursa) merupakan syarikat yang menyediakan platform perdagangan instrumen pelaburan kepada para pelabur. Antara instrumen pelaburan yang disediakan adalah seperti:-
- Saham
- Derivatif
- Bon
Bursa Malaysia juga bertindak sebagai tempat crowdfunding kepada syarikat yang memerlukan dana tambahan dengan cara mengapungkan saham syarikat di pasaran terbuka.
Syarikat ini mempunyai modal pasaran sekitar RM5.94 billion dan harga semasa saham ini adalah sekitar RM7.34 sesaham.
Jom kita kaji kaunter Bursa ini dengan menggunakan kaedah CANSLIM.
C- Current Earnings Bursa
Salah satu cara untuk kita menilai kualiti pendapatan sesebuah syarikat adalah dengan melihat pertumbuhan perolehan syarikat yang terkini.
Kita boleh mengukur pertumbuhan pendapatan bersih syarikat untuk suku tahunan terkini dengan suku yang sama pada tahun sebelumnya.
Sumber: KLSE Screener
Pertumbuhan pendapatan bersih Bursa adalah positif untuk suku tahun terkini dan pertumbuhan suku tahuan yang positif ini berjaya diperolehi oleh Bursa untuk 5 suku tahunan terkini.
Bursa telah merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM88.97 juta untuk suku tahun terkini, meningkat sebanyak 3.2% berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya.
Peningkatan ini dipercayai oleh kerana penyertaan awam dalam pasaran saham dan juga pasaran komoditi sejak tahun 2020.
A- Annual Earnings Bursa
Seterusnya, kita melihat kepada perolehan syarikat secara tahunan. Kita perlu melihat pendapatan bersih tahunan sesebuah syarikat sebagai kayu pengukur prestasi pendapatan tahunan.
Sumber: KLSE Screener
Pendapatan bersih Bursa pada tahun 2020 meningkat sangat ketara sebanyak 103.2% kepada RM377,747 daripada jumlah sebelumnya iaitu RM185,855.
Pendapatan tahun 2020 ini melonjak dengan mendadak adalah kesan daripada penyertaan awam yang meningkat pada tahun 2020 sejak permulaan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
N- News, New High, New Management
News atau berita terkini secara langsung atau tidak langsung mampu menjadi pemangkin kepada sesebuah syarikat.
Harga saham tertinggi atau New High yang dicatatkan oleh saham sesebuah syarikat adalah merupakan faktor penting.
Seterusnya, pertukaran pentadbiran syarikat dan pihak pengurusan juga penting dalam menentukan prestasi sesebuah syarikat bagi tempoh jangka masa panjang.
Sumber: New Strait Times
Pada 28 Julai 2021, berita tentang pendapatan syarikat untuk setengah tahun pertama Bursa meningkat sebanyak 39.4% kepada RM210.4 juta.
Ini merupakan satu petanda baik untuk syarikat kerana dalam keadaan ekonomi yang agak sukar ini, syarikat masih mampu menjana keuntungan.
Sumber: Maybank Investment
Pada 12 Julai 2021, pihak Maybank Investment Research juga memberikan saranan belian terhadap saham Bursa walauapun harga sasaran dikurangkan kepada RM8.70 sesaham.
Harga sasaran ini dikurangkan atas faktor keadaan ekonomi yang lemah dan dijangka akan mula pulih pada tahun 2022.
S- Supply and Demand
Permintaan dan penawaran jumlah saham di pasaran adalah penting untuk menentukan pergerakan harga sesebuah saham.
Jumlah unit saham yang didagangkan akan menentukan sama ada harga saham itu mudah atau sukar untuk turun naik berdasarkan permintaan semasa.
Jumlah unit saham Bursa yang didagangkan adalah sebanyak 809.3 juta unit.
Untuk kita mengetahui sama ada jumlah ini adalah banyak atau tidak, kita perlu membandingkannya dengan syarikat-syarikat pesaing lain yang berada dalam sektor yang sama.
Sumber: Investing.com
Nota : Jumlah dagangan ini akan sentiasa berubah-ubah mengikut dagangan semasa.
Gambar di atas menunjukkan jumlah dagangan harian Bursa lebih rendah berbanding jumlah purata dagangan untuk tiga bulan terkini.
Namun, data ini diambil satu jam selepas pasaran dibuka dan ianya tidak menggambarkan keadaan pasaran secara menyeluruh.
L- Leader and Laggard
Leader and laggard adalah untuk kita tentukan saham mana yang lebih sensitif bertindak balas dengan sebarang berita yang berkaitan dengan sesebuah industri berkenaan.
Salah satu cara untuk menentukan sama ada sesuatu saham adalah leader atau laggard, adalah dengan membandingkan pergerakan harga saham tersebut dengan pergerakan indeks sektor yang terlibat.
Sumber :
Pergerakan harga saham Bursa (Biru) puratanya adalah lebih rendah berbanding dengan pergerakan indeks kewangan di Bursa Malaysia (Oren).
Oleh yang demikian, saham Bursa boleh dikategorikan sebagai laggard berbanding pesaingnya yang lain yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Kaedah lain pula adalah dengan membandingkan modal pasaran syarikat ini dengan pesaingnya yang lain.
Jadi, berdasarkan modal pasaran, adakah Bursa masih merupakan laggard kepada sektor kewangan?
I- Institutional Investor
Institutional Investor ini adalah kumpulan institusi kewangan yang mempunyai modal pelaburan yang besar seperti:
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Permodalan Nasional Berhad (PNB)
- Khazanah Nasional Berhad
Antara pelabur institusi yang lain adalah seperti Mutual Fund, Bank Pelaburan, Syarikat Takaful/Insurans dan lain-lain.
Sumber: Bursa Marketplace
Bagi syarikat Bursa, kebanyakan pelabur institusi syarikat ini terdiri daripada institusi pelaburan seperti:-
- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Pelabur institusi yang lain pula adalah seperti AIA Berhad, Norges Bank Investment Management (NBIM), The Vanguard Group Inc dan lain-lain seperti yang disenaraikan di atas.
M- Market Direction
Market direction ini sangat penting kerana kaedah ini hanya akan berkesan ketika pasaran sedang berada dalam keadaan bullish atau menaik.
Kaedah ini kurang sesuai digunakan ketika pasaran berada dalam fasa menurun.
Sumber :
Secara keseluruhannya, saham ini dilihat sedang berada di fasa distribution dan dilihat kemungkinan akan masuk ke fasa mark-down jika harga saham ini gagal untuk bertahan pada supportnya yang terdekat.
Keadaan carta Bursa ini sejajar dengan keadaan pasaran saham di Malaysia secara menyeluruh yang sangat volatile sejak kebelakangan ini.
Baca: Bursa Malaysia Catat Keuntungan Positif Bagi Suku Kedua Tahun 2021
Kaedah ini digunakan oleh pengurus dana dan juga pelabur-pelabur yang berjaya. Jika mereka juga menggunakan kaedah ini, mengapa tidak kita?
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM




![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)