• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Dagangan Di Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi, disokong oleh jangkaan musim pengumuman pendapatan yang menggalakkan selain daripada sentimen positif berikutan perkembangan baik politik Malaysia.

Pada jam 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 3.86 mata atau 0.25 peratus kepada 1,521.89 berbanding 1,518.03 pada penutupan urus niaga Jumaat minggu lepas.

Indeks utama dibuka 1.96 mata lebih tinggi pada 1,519.99 dan bergerak antara 1,519.53 dan 1,524.86 di sepanjang sesi pagi hingga tengah hari.

Pergerakan harga di pasaran juga positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 494 berbalas 379 manakala 415 kaunter tidak berubah, 920 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah 2.5 bilion saham bernilai RM1.1 bilion.

Rakuten Trade Sdn Bhd berkata setakat ini, pendapatan syarikat-syarikat tersenarai tampak mantap untuk suku kedua 2021.

“Memandangkan fokus utama pentadbiran baharu ialah mengekang kes COVID-19, kami berharap kes harian akan dapat dikawal dan pada masa yang sama semua mata tertumpu kepada pelonggaran kawalan sekatan yang seterusnya,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Rakuten Trade turut mengunjurkan indeks akan mengukuh dan bergerak dalam julat 1,515-1,525.

Selain itu, pelabur akan menantikan laporan kadar inflasi Malaysia untuk bulan Julai yang dijadual diumumkan pada Rabu.

Mereka turut memantau simposium Jackson Hole pada Khamis yang dijangka memberikan beberapa petunjuk mengenai hala tuju dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

Di bursa tempatan pula, saham berwajaran tinggi Press Metal naik lapan sen kepada RM4.96, sementara CIMB dan Petronas Chemicals masing-masing tiga sen lebih tinggi pada RM4.67 dan RM7.97.

Petronas Dagangan meningkat 22 sen kepada RM18.94, Maybank menambah dua sen kepada RM8.14 dan Genting Malaysia mengukuh lima sen pada RM2.83.

Sementara itu, Hartalega kerugian 10 sen kepada RM6.96 dan Top Glove turun dua sen kepada RM3.78.

Dalam kalangan saham aktif, Advance Synergy turun 3.5 sen kepada 15.5 sen, MMAG menyusut setengah sen pada 12.5 sen, Advance Information jatuh 16 sen kepada 34.5 sen dan Fintech Global tidak berubah pada 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 38.22 mata kepada 11,146.18, Indeks FBMT 100 meningkat 35.74 mata kepada 10,856.38, Indeks FBM Emas Syariah mengukuh 36.89 mata kepada 12,254.40, FBM 70 naik 80.21 mata kepada 14,679.06, sementara FBM ACE meningkat 3.63 mata kepada 7,149.99.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan berkurangan 6.19 mata kepada 6,410.19, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 44.38 mata kepada 14,887.25, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.39 mata kepada 189.65.

– BERNAMA

Share228ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In